Sahabat..
28/05/2013, 09:20, 0 comments
Bunyi nyaring lonceng
di atas meja kecil tepat menunjukkan jam 6 pagi mengejutkan Imran. Imran terus menekan butang
‘off’ pada jam lonceng itu. Dengan penuh perasaan malas dan penat yang masih
menyebulungi dirinya, Imran tetap bangun
utk menunai tanggungjawabnya pada Rabb. Jika tidak mengenangkan kelas law
pada pagi ini, sudah tentu dia kembali tidur sampai matahari muncul. Setelah menguap beberapa kali Imran terus bergegas ke
bilik air utk membersihkan diri dan mengambil wuduk.
“Eh, Hariz! Kenapa kau tak tidur dalam bilik? Lagi satu, class kau bukan pagi ke hari ini? Kenapa
kau tak mandi lg? dah pukul 7 woi!” marah Imran pada rakan serumahnya. Mujurlah
di Australia ini dia berjumpa dengan Hariz. Orang Malaysia juga. Senang untuk
berinteraksi
Sebaik sahaja Imran ingin menepuk muka Hariz, Hariz sudah
bangun sesudah itu dia mengeliat. Dengan muka tidak bersalahnya dia memandang
Imran “kau nak apa? Sekarang pukul berapa?”
Belum sempat Imran bersuara utk memberitahu, Hariz sudah
melihat jam dinding dan membulatkan matanya sebesar mungkin “alamak, Imran!!
Aku dah lambat. Class aku start pukul
7.15am. kenapa kau tak kejut aku ?!”
Hariz bingkas bangun terus berlari ke bilik untuk bersiap.
Imran tergelak melihat perlakuan Hariz yang bagaikan lipas kudung kaki.
“Aku ingat kau dah bangun. Ha, jangan tak mandi pulak kau
tu! Busuk nanti satu kolej! Okay aku gerak dulu tau”
Selangkah Imran keluar dari rumah, Imran teringat akan sesuatu. Terus Imran menjerit dari tingkat
bawah
“Hariz! Aku balik lambat sikit hari ini. Aku ada hal sikit.
Apa-apa kunci ada dekat rak kasut. Kau kunci rumah tau sebelum pergi. Jangan
lupa”Setelah mendengar respon dari Hariz. Imran bergegas jalan keluar dari pintu
pagar dan terus menaiki bas yang sampai sebaik sahaja Imran tiba di bustop.
GILIRAN Imran baru sahaja dipanggil, dia terus masuk ke
dalam bilik Doktor Alia setelah mengetuk dan dibenarkan masuk, Imran menempatkan
dirinya duduk di hadapan Doktor Alia
.
“Ada perubahan positif tak doktor? Saya akan sihat kan Doktor?
Saya tak akan mati kan? Ujian test 2 hari lepas tu tak betul kan doktor?” Imran
terus menyoal bertubi-tubi tanpa menunggu doktor itu bersuara
“Ya Allah, bawak bersabar Imran. Jangan buat saya serba
salah, pihak hospital dah berusaha sehabis baik untuk selamatkan awak dari
penyakit ini, tapi dukacaitanya pihak kami gagal, penyakit awk sudah mula
menular ke seluruh tubuh awak sekarang dan jika awak tidak membuat pembedahan
itu secepat mungkin, nyawa awak akan terkorban juga”
Imran tergamam. Tidak tahu apa yang harus diungkapkan lagi.
Penerangan doktor cukup jelas di pendengarannya. Saat ini dia ingin saja
menjerit sekuat hati, sunnguh berat dugaan yang diberikan kepadanya,
sesungguhnya tika ini dia amat tertekan.
HARIZ lantas menuju ke muka pintu rumahnya apabila pintu itu
kedengaran diketuk beberapa kali “Ini mesti Imran,manalah dia pergi satu hari
dah lewat malam macam ni baru balik” bebel Hariz seorang diri
“Haa kau dari mana? Kenapa baru balik? Bukan kelas kau habis
pukul 6 petang tadi ke? Kenapa tk inform
aku apa-apa?” bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Hariz kepada rakannya itu
sesudah dia membuka pintu. Geram mula menguasai diri
Imran dengan muka tidak bersalahnya terus berlalu di hadapan
Hariz tanpa sepatah kata. Dia seolah-olah sudah tiada semangat apabila teringatkan
kata-kata doktor padanya petang tadi. Dia rasa tiada semangat lagi untuk hidup.
Bertambah kusut kepalanya apabila mengenangkan kata-kata Dr Alia yang dia tidak
mempunyai banyak masa yang tinggal untuk jalani kehidupan di bumi Rabb ini.
“Eh eh mamat ni, memang seronok taw aku bercakap dengan
dinding. Imran! Kau kena ingat sikit, kita ni dekat negara orang, jagalah diri
kau. Kalau jadi apa-apa, susah nanti”
Hariz menjerit kepada rakannya itu yang diam membisu dari tadi. Hatinya semakin
panas apabila tidak dapat sebarang respon dari kawannya
“weh kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau dah kenapa diam
je? Sebelum ni bukan main banyak mulut bila jumpa aku?”
“Hariz.. Aku rasa nak
balik Malaysia lah. Aku nak stay sana. Hari ini aku dah habis final exam jadi esok aku dah boleh gerak
kut” Jawab Imran apabila sudah lama mendiamkan diri. Kalau ikutkan hatinya yang
sedang kacau saat itu. Ingin saja dia mendiamkan diri. Tapi kasihan pulak pada
Hariz itu
“Kenapa tiba-tiba? Ada apa-apa yang berlaku ke dekat Malaysia? Eh aku tak faham lah. Cuba
terangkan. Kenapa kau nak balik secara tiba-tiba ni?” Jawab Hariz dengan
keliru. Kenapa tiba-tiba? Pelik..
“Tak lah, aku ingat nak jumpa kawan-kawan aku semua. Kau nak
ikut? Kampung kau pun dekat Malaysia kan? Jom lah sekali?”
“Paper aku habis
minggu depan lah weh, tunggu lah aku. Kita balik sama-sama”
“Oh yeke. Takpa lah aku balik dulu. Aku ada hal dekat sana.
Okaylah aku nak solat dulu. Oh ya maaf sebab buat kau risaukan aku. Aku tak
sengaja”
Belum sempat Hariz ingin bertanya hal apa yang penting
sangat itu, tetapi Imran sudah pun menutup pintu bilik dia terlebih
dahulu. Hariz pelik melihat Imran
berkelakuan seperti ini. Tadi pagi okay je? Lagi satu, Kebiasaannya Imran
jarang balik Malaysia seorang diri. Hariz bingung dan terus sambung menonton tv
IMRAN tiba dia KLIA, Malaysia tepat jam 8malam setelah 6 jam
berada di dalam kapal terbang dari Australia. Dia berehat dan minum sebentar di
cafe yang berdekatan. Kepalanya amat sakit ketika itu. Baru saja ingin
mengeluarkan telefon bimbitnya, dia rasa ada seseorang menyapanya dari belakang
“Hey Imran! How are
you dude? You look so handsome man!” Johan memulakan bicara. Lalu mereka
berpelukkan sebentar, untuk melepaskan rindu yang sudah 2 tahun tidak berjumpa
“Ah kau tak payah nak speaking dengan aku lah. Aku yang
duduk oversea ke kau?”
Johan tergelak lucu “Sorry
bro, aku gurau je. Kau apa khabar? Kenapa balik sini lagi beberapa jam baru
nak bagi tahu aku? Kenapa tak bagi tahu esok ke lusa ke?” Johan membuat loyar
buruknya. Dia amat selesa apabila bersama Imran
Imran sekadar senyum dan menjawab “Maaf! Aku kelam kabut.
Tapi kau kan dah ada sekarang. Tak payah lah banyak bunyi. Jom balik! Aku tak
sabar nak jumpa mak ayah aku ni”
“Okay jom. Eh kejap, aku rasa macam ada tak kena lah dengan
kau ni. Kau sakit ke? Pucat je? Lepas tu dah tak banyak cakap. Biasanya kalau
dengan aku mulut kau mengalahkan orang jual ikan” Johan tidak habis-habis
mengenakan Imran
Imran hanya diam. Jika dilayan perangai Johan ini, sampai
esoklah mereka masih tidak balik-balik
ke rumah. Imran berjalan menuju ke carpark
meninggalkan Johan.
“Eh eh mamat ni, ada ke patut dia tak layan aku. Weh Imran
tunggu!” Johan terus mengejar Imran dan
jalan disebelah rakannya itu.
KINI barulah Imran tenang, dapat berjumpa kawan-kawan
baiknya. Mereka berkumpul di atas bukit, tempat biasa mereka menghabiskan masa
bersama-sama ketika waktu kecil dahulu. Sudah 2 tahun tidak berjumpa. Secara
tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Dr Alia. Dia ingin saja memeluk
rakan-rakannya sehingga akhir nafasnya.
“Alhamdulillah dapat juga kita berkumpul macam dulu kan?
Lamanya tak jumpa kau orang semua” Kata Johan
“Itulah, ada Imran baru best. Im, kau asal lama tak balik?
Tak rindu kita orang ke?” Saja Ain ingin mengusik Imran
“mestilah rindu, aku
kan study. Ingat dekat US dengan Malaysia? Ingat murah tiket untuk ke
sini?”Imran jawab dengan selamba. Sebenarnya bukan lah kerana itu, dia tidak
pulang ke Malaysia kerana penyakitnya. Dia takut rakan-rakannya mengetahui akan
penyakitnya itu
“Iyalah, sorry lah. Eh kau tak ada bawak balik souvenier untuk kita orang ? Kedekut lah
kau ni..”Kata ain lagi, makin rancak pula dia mengenakan Imran
“Oh aah! Mesti lah ada. Tapi tertinggal dekat rumah lah. Kau
orang tunggu kejap ok? Aku amek. Rumah aku pun tak jauh dari sini”
“Eh Im, ni…….” Mia baru saja ingin beri tahu yang handphone Imran masih padanya, tapi
Imran sudah jalan dulu ke rumahnya untuk ambil barang.
“Apa lah mamat ni. Handphone
letak merata. Hmm” Rengus Mia. Rakan-rakannya yang lain sedang rancak berbual
tentang kerjaya masing-masing. Biasalah kawan baik baru berkumpul rama-ramai
“Weh kau orang! Ada orang call Imran. Aku nak jawab atau macam mana ni? 2 3 kali dia call,
macam penting aje agaknya” beritahu Mia
“Kau angkat aje. Lepastu cakap Imran takda. Kan senang,
bising lah bunyi handphone tu” rungut
Johan
Setelah itu, Mia terus mengangkat panggilan tersebut
“Hello, siapa ni?”
“Hello, Saya Doktor Alia, dari pihak hospital di US. Boleh saya bercakap dengan
Imran?”
“Imran tak ada sekarang, Oh ya, Hospital? Kenapa? Ada
apa-apa yang tak kena dengan dia? Boleh saya tahu?”
“Imran tak ada cakap apa-apa?”
“Tak ada. Kalau boleh saya tahu, kenapa ya? Imran sakit ke?
Bagi lah tahu saya cepat!” Mia mula hilang sabar. Perasaannya bercampur baur.
Dia tidak tahu mengapa saat itu dia terlalu melayan emosinya
“Sabar cik.. Macam ni lah, Imran sekarang sedang menerima
rawatan dari pihak hospital kami. Dia sedang menghadapi kanser otak yang kini
sudah ditahap akhir. Mengikut perkiraan saya, dia hanya ada 1 hari lagi saja
untuk hidup dan dia ada cakap dia ingin hembuskan nafas terakhirnya ketika dia
bersama rakan-rakannya di Malaysia. Jadi saya call hanya ingin memastikan kesihatannya. Okaylah, apa-apa makluman
beritahu saya secepat mungkin. Terima kasih” Selepas itu talian terus dimatikan
Mia diam seribu bahasa. Terhempas telefon bimbit Imran ke
atas rumput. Mia tidak tahu apa yang harus diungkapkan. Saat itu Mia menjerit
sekuat mungkin sehingga Johan dan Ain terkejut dan berlari
mendapatkan Mia
“Weh kenapa dengan kau? Kau okay tak? Sapa call tadi? Dia
cakap apa sampai kau jadi macam ni?” lalu Ain terus memeluk rakannya itu
“Imran weh… Imran..” Tidak bermaya Mia hendak menjawab
soalan dari Ain
“Yelah kenapa dengan Imran? Cuba cakap?” Kata Ain sambil
mengeratkan lagi pelukkannya
“Eh kenapa ni Johan?” Imran berlari dengan pantas
mendapatkan Mia. “Kau kenapa?!”
“Imran.. Kenapa kau tak bagi tahu kita orang yang kau ada
penyakit? Kenapa kau tak bagi tahu kita orang yang kau balik ni sebab kau nak
jumpa kita orang untuk kali terakhir? Kenapa kau rahsia hal ni Imran? Kenapa!”
Jawab Mia dengan penuh emosi. Geram, sedih, kecewa
“Kau dah……” Imran menjawab dengan lemah
“Sampai bila kau nak rahsiakan hal ni? Cakap dengan aku!”
“Aku taknak kau orang risau, aku mintak maaf. Tapi kan
sekarang aku ada dengan kau orang. Aku takkan tinggalkan kau orang”
“Apa ni Imran? Benda ni pun kau nak sorok? Jenis kawan apa
kau ni?!” Marah Johan setelah mendengar apa yang terlintas dari mulut Mia tadi,
baginya dia sudah cukup faham dengan keadaan sekarang
“Imran… sampai hati kau buat kita orang macam ni. Lagi satu
hari kau nak tinggalkan kita orang baru kau datang cari kita orang? Kawan jenis
apa kau ni ha? Kau pergi sekarang!” Penuh emosi Ain memarahi Imran
Satu persatu lontaran kata-kata yang amat menyakitkan Imran
keluar dari mulut rakannya. Imran terus bangun, dia tidak sanggup dicaci lagi
oleh kawan-kawannya lagi. Sungguh dia tidak sangka rakan-rakannya akan bersikap
seperti itu. “Aku sayang kau orang, aku tak nak kau orang sedih nangis bila
dapat tahu benda ni, Aku tertekan. Aku bukan tak nak bagi tahu. Tapi biarlah
aku seorang je tanggung, aku sayangkan kau orang” kata Imran, perasaannya kita
tidak dapat dibendung lagi, minitis juga air mata Imran dan lantas meninggalkan
rakan-rakannya itu.
“ASSALLAMUALAIKUM!” jerit Ain, Johan, Ain di luar rumah.
Pagi-pagi lagi dalam pukul 9 mereka sudah bertandang ke rumah Imran. Mereka
risau akan keadaan Imran, mereka juga ingin meminta maaf atas kejadian semalam.
Mereka terlalu mengikutkan emosi.
“Ya nak.. kenapa?” Mak timah, mak kepada Imran menyambut
salam mereka di depan rumah
“Makcik, kami nak jumpa dengan Imran boleh makcik?” Kata
Johan
Mak Timah tiba-tiba menangis teresak-esak. Mia sudah pelik
melihat Mak Timah itu. “kenapa ni makcik?”
“Makcik harap Johan
sabar ya, Imran.. Imran anak makcik dah ‘pergi’ johan, dalam pukul 7 tadi kami
dah kebumikan dia” Tersekat-sekat Mak Timah beritahu. Sedih masih menyelebungi
dirinya
“Ya Allah makcik! Kenapa tak bagi kita orang?!” Mia
tersungkur.Perasaan bersalahnya semakin menebal terhadap Imran
“Sabar sayang, makcik bukan tak bagi tahu. Tapi Imran tak
bagi, sebelum dia pergi,Imran cakap kau orang tak sudi jumpa dia lagi. Jadi
makcik tak jadi lah beri tahu tadi”
Ain sudah menangis teresak-esak di sebelah Mia. “Makcik..
Imran ada bagi pesanan apa-apa pada kami?” Tanya Mia sambil bersikap tenang
“Ada.. Ini dia ada bagi surat, dia suruh makcik beri pada
kamu semua bila dia dah takda”
Surat itu sudah pun bertukar tangan, Johan pantas membuka
surat tersebut
Assalamualaikum Johan, Mia, Ain..Mungkin masa kau orang baca ni aku
baru saja ‘pergi’. Aku mintak maaf kalau aku banyak susahkan kau orang selama
kita kenal ni, aku tahu kau orang dah tak perlukan aku lagi. Memang aku layak
kena marah. Aku ni tak layak jadi kawan kau orang. Tapi dah lebih 17 tahun kita
kenal. Aku sayang kau orang sangat, kau orang dah macam nyawa aku, tapi bila
kau orang sendiri buang aku, untuk apa lagi aku hidup. Aku tak ada ni, kau
orang jaga diri. Doakan aku ya. Aku sakit ni setahun lepas, aku tak bagi tahu
sebab aku tak nak kau orang sedih, jadi sekarang, jangan menangis lagi ya?
Kalau rindu aku, sedekahkan Al-Fatihah untuk aku. Akhir sekali, Aku cuma harap
kau orang maafkan aku dan itu dah cukup buat aku tenang dekat sana. –Imran
Setelah habis baca surat itu, Mereka bertiga lekas berlari
pergi ke kubur Imran. Disana, makin kuat mereka bertiga menangis, tidak dapat
dibendung lagi perasaan mereka sedang alami. kesal, sedih, kecewa. Kecewa akan
diri sendiri. Kini mereka sedar apa yang Imran perlukan disaat akhir nyawanya
hanyalah untuk bersama teman baiknya. Jika diizinkan Allah Insya Allah mereka
akan berjumpa semula di Syurga kelak.