AboutJournalFollowDashboard

Kau
30/07/2013, 17:58, 0 comments


Aku tak tahu nak cerita apa. Makin nak akhir ramadhan. Makin banyak dugaan datang padaku. Kadang aku terdiam. Aku letih. Aku lemah. Aku fikir dalam hati yang Allah tidak adil kerana beri ujian itu untukku ketika sangat gentar. Tapi bila aku muhasabah diri, aku tahu ujian Allah itu baik untukku. Ujian Allah adalah nikmat. Apa yang negatif aku fikirkan tadi adalah nafsu syaitan semata-mata

Ujian Allah adalah nikmat? Aik ada ke nikmat Allah dalam ujian?
Ujian adalah nikmat. Yelah, bila ditimpa ujian. Sapa yang first sekali dalam otak kau? Allah kan? sapa yang kau cari bila kau nangis-nangis? Allah kan? sapa yang kau sebut-sebut nama dia kalau time musibah melanda? Allah kan? Apa yang kau buat time kau sedih, kau sedang kecewa? Sujud pada Allah kan? Ha itulah maksud aku, Itu adalah nikmat. Nikmat bersama Allah swt.

Usah kau ragui mengapa Allah beri ujian yang kau rasa kau tk mampu hadapinya kerana Allah lebih mengetahui. Usah kau berdengki pada orang lain kerana mereka tidak hadapi ujian yang ditimpa oleh kau kerana kau tidak mengetahui bahwa ujian utk mereka lebih sukar nak dibandingkan dgn ujian kau. Kenapa mengeluh? sedangkan Allah bantu

"Allah yang beri ujian, Allah juga melangsaikannya"

Hidup ini penuh pancaroba. Hidup ini penuh dengan khilaf. Sekali tersungkur takkan selama-lamanya nk jatuh kot. Kau tak rasa nak bangkit? Bangkit lah. Bila kau bangkit. Aku tahu kau tak akan tersungkur lagi kerana apa? kerana ketika kau jatuh, kau bersama Allah. dan bila kau bangkit, Allah bersama kau. Jadi apa perlu takut kalau diri sedang bersama Allah?

Sampai bila kau nak hidup dalam keadaan Jahiliyah? Sampah bila kau nak terus buat dosa tanpa henti? Sampai bila kau nak cakap "aku pendosa tanpa nokhtah"? ya memang kita pendosa tanpa nokhtah, Maksud aku, sampai bila kau nak buat dosa tanpa nokhtah? Kau boleh berhenti dari buat dosa kalau kau nak. Tapi iman kau, iman kau tak dicuci lagi. Tak disirami tarbiyyah lagi. Kau kena berusaha. Sampai bila nak kalah dengan syaitan? Sampai bila nak syaitan ketawakan kau sebab sanggup masuk neraka dengan dia? Sampai bila kau nak buat Rasulullah nangis sebab kau? Sampai bila? Kau boleh fikir.



Akhir sekali.. Aku tahu aku masih jahil. Jika hendak dibandingkan kau dengan aku. Kau lagi bijak agama dari aku. Tapi aku akan cuba utk belajar dari kejahilan ku. Aku akan kejar untuk dalami agamaku. Walaupun kau rasa kau dah cukup banyak ilmu di dada, kau perlu belajar lagi. Ilmu Islam tak pernah cukup dalam diri. Kau kena ingat.

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post