AboutJournalFollowDashboard

Sepi
09/11/2013, 13:48, 0 comments
Assalamualaikum,

Aaa sudah lama rasanya tak mengupdate-update dekat blog yang kosong ini. Nak cakap berhabuk tu, nampak sangat tipu kan? Haha okay tak nak cakap apa-apa.

Selama aku hilangkan diri. Aku rasa yang pelbagai cabaran datang dalam hidup aku sampai aku tidak tahu bagaimana untuk aku cerita dan dimana ingin aku mulakan cerita. Terlalu rumit hidup ini jika tidak bijak mengendalikannya

Aku ini boleh dikatakan bayang-bayang dalam hidup seseorang. Dia seolah-olah tidak nampak kehadiranku. Aku pernah bertekad untuk menjadi manusia yang tidak akan hidup dalam bayang-bayang. tetapi sekarang aku terperangkap. Terperangkap di dalam sangkar yang gelap dan mungkin tidak akan menemui jalan keluar. yaAllah, beri cahaya kepadaku agar aku dapat keluar dari jerat lahanat ini.

Hidup aku seperti merana, seperti kehilangan sesuatu. Sesuatu yang tidak aku pasti. Aku perlu bangkit melawan semua ini. Sampai bila aku perlu berdiam seperti kura-kura yang tidak akan mengeluarkan suara untuk memberontak dan tidak pernah cepat menangani masalah yang sedang berlaku. Aku tidak mahu menjadi orang yang bodoh mengikut kehendak orang sedangkan hati sendiri menangis, kecewa, dan berdarah. Sampai bila aku ingin biarkan hati aku terus terluka tanpa seorang pun memahami? aku berlagak ceria di hadapan manusia hanya kerana ingin mereka cari apa yg terselindung di dalam hatiku. Tapi mungkin harapanku terlalu melangit dan tidak ada seorang pun ingin berusaha menggapai harapanku. tiada seorang pun mengerti. Hanya Allah swt saja yang mampu menceriakan ku dalam kedukaan ini.

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post