AboutJournalFollowDashboard

Tidakkah kamu berfikir?
18/12/2013, 12:47, 0 comments
Semua orang tahu dunia ni terlalu perit dilalui. Terlalu sakit untuk diteruskan. Terlalu pahit untuk dirasai. Tapi tak semua yang mempunyai keinginan untuk berhenti dari merasai, meneruskaan, melalui semua alam kehidupan kerana terlalu leka akan ciptaanNya sehingga melupakan penciptaNya.

Kenapa tidak cuba untuk berhenti dari berharap dengan dunia? kenapa tidak cuba untuk berubah dari yang sedia kala? Sedarlah dunia hanya satu permainan, permainan sangat mencabar sehingga boleh membawa ke arah Jahannam jika tersilap langkah. Allah berfirman wahai manusia.



"Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32)


 Ahli tasauf menganggap dunia seperti bangkai dan manusia seperti anjing. Sebab itulah manusia lebih sukakan dunia daripada akhirat.


Allah juga ada menyatakan dunia ini tidak lebih dari satu penipun yang besar. Lihat, Allah pun sudah berfirman? Mengapa kita sebagai manusia yang dikurniakan akal tidak langsung menggunakannya? Untuk apa Allah memberikan akal dan fikiran jika kita gunakan ia hanya untuk kepentingan duniawi yang dibenci olehNya?

Tidakkah kamu berfikir?


Ya, Aku juga  manusia yang kadang-kadang leka kepada dunia sehingga kadang-kadang terasa diri ini orang munafiq, tapi tidakkah Allah menyukai orang yang suka bertaubat?


Akhir dari aku,

Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." (Hadis riwayat Al-Asyakin)

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post