AboutJournalFollowDashboard

Ainul Mardiah
10/12/2014, 16:04, 0 comments

Ainul mardiah? Sapa tak kenal dia? Semua mesti kenal kan. Bidadari paling cantik di syurga.. Ainul Mardiah bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah)
Ainul Mardiah seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 yang lain.
Satu pagi tu dalam bulan puasa, Rasulullah bagi targhib kpd sahabat2 yang akan berjihad di jalan Allah.
Kata Rasulullah.. Sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga
Targhib itu kata kata semangat
Sebelah siang sebelum masuk zohor, dah menjadi sunnah Rasulullah utk tidur Qailullah.  Tidur sebelum zohor. Tidur sunat. Dapat pahala. Jadi sahabat Rasulullah yang tadi pun tidur sebentar sbg persiapan utk pergi berperang
Mendengar Rasulullah cakap tu, ada seorg sahabat Rasulullah nak sangat tahu rupa bidadari yg dikatakan oleh Rasulullah. Dia nak tanya Rasulullah tapi malu. Jadi diam saja
Tiba tiba dalan tidur sahabat Rasulullah tu.. Dia bermimpi dia berada di tempat yang sangat sangat indah, lepastu dia lihat ada seorang yang berpakaian bersih dan cantik,mukanya berseri seri. Lalu sahabat Rasulullah ni tanya dkt orang yang dilihat itu. "Dimanakah aku berada?".  Lalu ada seorang yang menjawab "Ini syurga"
Bila dengar suara yg mengatakan yg dia berada di syurga. Dia terus teringat kata kata Rasulullah ttg bidadari
Lepastu wanita tersebut berkata "Eh tidakk" (lebih kurang la ayatnya dlm bahasa kita)  lalu wanita itu menyambung kata "Saya penjaganya. Ainul Mardiah ada di dalam Singgahsana"
Lantas dia bertanya lg pada org itu "Dimanakah Ainul Mardiah?" Lalu dia ditunjukkan ke satu arah, lalu sahabat Rasulullah menuju ke arah tersebut, di satu pepohon terdapat seorang wanita yang tdk pernah dilihat kecantikannya, tak pernah dilihat didunia. Lalu sahabat Rasulullah beri salam dan tanya "Adakah kamu Ainul Mardiah?"
Lalu sahabt Rasulullah pun berjalan ke arah satu mahligai, dia ternampak seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya daripada wanita yang pertama dilihatnya tadi, wanita itu sedang mengelap perhiasan di dalam mahligai. Sahabt Rasulullah ingat yang wanita inilah Ainur Mardiah.. Lulu dia beri salam dan bertanya "Adakah kamu Ainul Mardiah?"
Wanita itu menjawab "Eh tidak. saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana"
Sahabat tersebut menaiki anak anak tangga mahligai permata itu. Sampai di atas mahligai sana.. Sahabat Rasulullah itu mendapati seorang wanita yang berganda ganda cantik dari wanita yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari wanita yang kedua tadi. Tidak pernah kecantikannya dilihat di dunia.
Lalu wanita itu berkata " Akulah Ainul Mardiah, aku diciptakan utk kamu dan kamu diciptakan utk aku" Bila sahabat tersebut nak mendekati Ainul Mardiah. Ainul Mardiah berkata "Eh nanti. kamu belum syahid lagi"
Tersentak. Pemuda itu pun bangun dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya mimpinya itu kepada sahabat lain. namun dia menegaskan supaya jgn mencritakan mimpi tersebut kepada Rasulullah. Jika sekiranya dia sudah syahid, barulah dibenarkan cerita kpd Rasulullah
Di sebelah petang, para sahabat semua keluar berperang/berjihad di jalan Allah. Dan ditakdirkan pemuda iaitu sahabt Rasulullah yang mimpi tadi tu benar benar syahid dlm peperangan
Selepas peperangan. ketika para jemaah yang telah pulang ke masjid, ketika nak berbuka, waktu nak tunggu makanan (menunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid telah bangun dan merapati Rasulullah. Mereka menceritakan segala-galanya tentang mimpi sahabat yang syahid tadi
Dalam pada mereka menceritakan tentang mimpi tersebut kpd Rasulullah. Rasulullah hanya menjawab "Benar..Benar..Benar sepanjang cerita tersebut"
Rasulullah berkata "memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia menunggu utk berbuka puasa di syurga"
Alhamdulillah. Sekian cerita Ainul Mardiah
Bayangkan.. Ainul Mardiah pun dah cantik sangat sangat, apatah lagi bidadari dunia yang akan menjadi bidadari syurga? menjadi ketua bidadari? Subhanallah.

-Dakwah Hijrah-

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post