AboutJournalFollowDashboard

Alam Kubur
11/12/2014, 01:38, 0 comments

Tajuk: Alam Kubur. 

Mostly orang sekarang tak percaya ada azab kubur. Sebab kata diorg kita hanya akan diseksa di neraka yakni akhirat saja. Kubur hanya utk malaikat tanya soalan. Yeke?

Apa yang kalian tentang alam kubur? Tempat yang gelap, kosong, sunyi. Boleh ke kita hidup kat situ nanti?

Hadis tentang seksa kubur kebanyakan hadis dhaif kalau kita perhatikan. Tapi kalau mengikut dalam kaedah usul, apabila ada hadis dari berbagai sumber yang maksudnya sama, maka hadis itu menjadi sahih sekalipun ia asalnya dhaif

Surah Almulk utk meringankan azab saja, Azab paling ringan dalam kubur ialah himpitan kubur

Apabila salah seorang kamu sudah mati, diperlihatkan tempatnya.  Maksudnya diperlihatkan tempat yang akan dia duduki nanti pada waktu pagi dan petang. Kalau dia colon penghuni syurga, ditunjukanlah kpdnya syurga tetapi jika dia calon penghuni neraka maka ditunjukkan kpd neraka kepadanya  siang dan malam. Kemudian dijelaskan kpd mereka; Inilah tempatmu engkau sudah dibangkitkan nanti

Sedangkan itu baru bayangan syurga. Belum masuk syurga lagi.

maksudnya lepas kita dah jawab soalan dari malaikat. Jika kita penghuni syurga, kita akan ditidurkan di atas permaidani dan ditunjukkan syurga kepada kita dan kita rasa kita berada dkt sana.
Kalau penghuni neraka pula, siang malam akan ditunjukkan neraka kpd mereka. Tiap masa diseksa seolah olah merka dah ada kat neraka sdgkan itu bayangan neraka
Belum masuk neraka lagi tapi sudah diseksa teruk

Ramai calon penghuni neraka berdoa supaya kiamat dipercepatkan agar seksa mereka di kubur dpt ditamatkan walhal mereka tidak tahu. di neraka lagi teruk seksa mereka akan hadapi

Jika ada yang selamat, Pasti Saad bin Muadz orangnya. Tapi sebenarnya tak akan ada manusia yang terselamat dari azab kubur

Himpitan kubur bermaksud bertemunya dua sisi kubur menghimpit si mayat, himpitan yg teruk sehingga bertemunya bahu kiri dan kanan, himpitan kubur sbg balasan bagi manusia, Sebab tidak seorg pun yg tidak mempunyai salah, meskipun ia orang yang soleh. Setelah mayat itu dihimpit barulah diberikan rahmat kalau dia orang yang soleh

Bumi merupakan Ibu manusia kerana daripadanyalah ia diciptakan. Kemudian mereka berpisah jauh daripada Ibunya selama hidup di dunia ini. Dan setelah dikembalikan lagi. maka sang ibu merangkulnya sbg rangkulan org tua kepada anaknya yang baru pulang merantau Apabila anak yang baru pulang itu anak yang baik dan soleh, maka akan dirangkulnya dgn rasa kasih syg dan rasa rindu. Dan sebaliknya jika anaknya yang dan drhaka akan dirangkulnya dgn keras dan penuh kemarahan

Anak Rasulullah pun kena azab kubur. Zainab binti Muhammad. meninggal akibat satu penyakit. Rasulullah nampak sangat sedih waktu tu. Makin nak dkt sampai perkuburan, makin pucat dan cemas wajah baginda.
Bayangkanlah, sedangkan anak Rasulullah pun belum lepas daripada tragedi kubur, bagaimana halnya kita orang biasa ini?

Setelah wajahnya kembali seperti semula, sahabt rasulullah bertanya kenapa Rasulullah nampak cemas tadi. Rasulullah pun kata bahwa "Aku membayangkan bagaimana dasyatnya seksa kubur dan himpitannya, tetapi akhirnya aku diberitahu Allah bahwa telah meringankannya. Memang terjadi gemuruh yang sgt dasyat. suaranya didengar oleh makhluk langit dan bumi"

Waktu itu, tiada lg ihsan Allah. Tiada lg pengampunan dari Allah

Seksa kubur cuma Himpitan kubur. Dan lg satu, sebatan yang sgt kuat yang boleh didengari seisi langit dan bumi kecuali Jin dan manusia. Juga disertai belitan ular yang dan berbagai bagai haiwan yang berbisa muncul di dalam kubur utk memamah diri kita

Tapi itu baru sikit. Itu baru permulaan. Baru dekat kubur tak dapat tahan perit, apatah lagi di neraka yang 24 jam ats bawah kiri kanan dikelilingi api yang panasnya 70 kali ganda panas api dunia?

Itulah balasan atas setiap amal. Tiada siapa dengar jeritan kita. tiada siapa dengar tangisan kita. Yang ada waktu haiwan haiwan yang sedia utk memamah diri. Allah 

Bila jasad sudah dimasukkan ke dalam kubur, roh akan kembali kepada jasad. Menurut keterangan hadis, mayat masih mendengar gesekan selipar orang orang yang mengkuburkannya ketika mereka melangkahkan kakinya meninggalkan kubur itu

Dalam kubur sorang2, sunyi pahtu dengar gesekan selipar yang akan tinggalkan kita utk selama-lamanya. Apa perasaan? Tak tahu la nak cakap. Haha ya Allah takutnya 

Setelah Munkar dan Nankir menjumpai si mayat, mereka terus mengajukan pertanyaan yang bertubi tubi
Pertanyaan Munkar dan Nakir 

Mereka akan bertanya bahasa arab. Tapi kalau amalan kita sikit walaupun kita pandai bahasa arab? Ha takkan mampu jawab langsung soalan dari Malaikat. Lidah kaku tak mampu berkata..
Tapi kalau kita ni yang tak pandai bahasa arab di dunia, jika amalan kita banyak, org yg tak pandai bahasa arab pun boleh fasih bahasa arab

Jadi datanglah malaikat munkar dan nankir menyoal mayat menggunakan bahasa arab. Antaranya
Siapa Tuhanmu?
Siapa Nabimu?
Apa agamamu?
Apa ikutanmu (panduanmu)?
Ke mana kiblatmu?
Siapa Saudaramu?

Jika bahasa inggeris diiktiraf dalam dunia, bahasa arab pula diiktiraf di akhirat.
Org mukmin yang banyak amalnya akan mampu menjawab sekalipun dia tidak pernah hafal jawapannya. Orang orang yang soleh akan menjawab;

Tuhanku ialah Allah
Nabiku ialah Muhammad
Agamaku ialah Islam
Panduanku ialah AlQuran
Kiblatku ialah Ka'bah
Saudaraku ialah kaum Muslimin dan Muslimat

Selepas ia lulus dari soalan, malaikat lantas memberinya isterahat. Dia pun tertidur seperti tertidur seorg pengantin. Lgsg tidak pernah rasa jemu utk menunggu hari kebangkitan kerana dia dalam keadaan tidur yg nyenyak. diperlihatkan syurga kepadanya. Hm bestnya

Tetapi kalau orang kafir mcm mana pula?????????

Diajukan pertanyaan-pertanyaan seperti di atas, mereka akan menjawab: Saya tidak tahu.. Malaikat membentaknya; Engkau tidak tahu?!! lalu memukulnya dan menyeksanya. begitulah dia terus terusan diseksa hingga soalan malaikat dapat dijawab

Orang yang banyak dosanya mungkin tidak akan dapat menjawab sehingga hari kiamat.
Kadang kita tengok kubur orang tu tenang je dari luar. Tapi kita tidak tahu berbagai penderitaan dan seksaan dilalui oleh mayat di dalam kubur

Kemudian malaikat menyuruh bumi menghimpitnya, lalu bumi pun menghimpit mayat itu sehingga patah tulang rusuknya. Dan dia terus menerus diseksa sehingga hari kebangkitan orang yang derhaka pun digelar kafir

Kafir ada banyak jenis, jenis kafir ada berapa? sapa tahu?
Jenis kafir ada 12..

Kafir ingkar bermaksud yang tidak mengenal Tuhan sama sekali dan tidak tidak mengakuinya
(Orang bukan islam)

Kafir juhud iaitu org yg mengenal tuhan dalam hatinya tetapi enggan mengikrarkannya secara lisan,boleh juga seperti Iblis dan org yahudi

Kafir nifaq iaitu orang yang menyatakan keyakinannya dgn lisan tetapi tidak mempercayai Tuhan dalam hatinya

Kafir inad iaitu org yang mengenal Tuhan dalam hatinya dan mengikrarkan dengan lisan tetapi tidak taat kepadanya seperti Abu Talib

Antara jenis kafir yang sgt sinonim atau mcm ramai org zaman skrg cenderung ialah kafir ingkar, kafir juhud, kafir nifaq, kafir inad

Apa beza diantara org musyrik, orang munafik dan orang fasik?
Golongan orang musyrik iaitu mereka yang menyekutukan Allah dgn tuhan tuhan lain
Golongan orang munafik iaitu orang mengamalkan ibadah islam tetapi hatinya ingkar
Golongan orang fasik iaitu mereka yg percaya kpd Allah dalam hati namun enggan mengerjakan ibadah

Okay sekian saja usrahnya. moga dapat memberi ibrah kepada kalian 

-Dakwah Hijrah-

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post