AboutJournalFollowDashboard

Amalan Berterusan Buat Si Mati
10/12/2014, 16:10, 0 comments

Bismillah.. Allahumma solli ala sayyidina muhammad
Tajuk usrah; Amalan Bereterusan Buat Si Mati

Kehidupan di dunia ini hanyalah kehidupan sementara dan tidak harus disia-siakan dengan perkara yang tidak bermanfaat. Betapa ramai manusia hari ini mensia-siakan masa lapang yang diberi sehinggalah ditimpa bencana atau bala, barulah mereka mula bertaubat dan baru mengenal Pencipta

Masa yang benar benar bererti ialah ketika waktu lapang dan sihat. Andai kita mempunyai waktu lapang tetapi sakit, tiada gunanya. Segala macam perkara tdk dpt dilakukan dgn sempurna. Rasulullah sejak awal lagi dah pesan tentang pengabaian masa.. kata baginda "Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan lapang" (HR Bukhari)

Ibny Jauzi juga menasihati "Dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, sesiapa memanfaafkan kedua-duanya dalam kancah kemaksiatan, dialah yang tertipu. Sesudah waktu, akan datang waktu kesibukan. Begitulah pula sesudah sihat, masa akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan"

Di antara amal dan kebaikan yang sampai kepada org beriman setelah kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebar-sebarkan, anak soleh yang ditinggalkan, mushaf AlQuran yang diwariskan, masjid yang didirikan, rumah yang dibina utk ibnu sabil, sungai yang dialirkan, atau sedekah yang dikeluarkan dari hartanya  ketika dalam keadaan sihat dan masih hidup, pahala semua itu, akan sampai kepadanya setelah dia meninggal dunia - Ibnu Majah dan AlBaihaqi

Berdasarkan ajaran Rasulullah, kedudukan seseorang itu secara umumnya amat bergantung kepada amalan yang dilakukan semasa hidup. Amalannya amat mempengaruhi kehidupan di alam sana nanti

1) Sedekah Jariah
Merupakan amalan mulia yang dilakukan oleh seseorang di mana manfaat daripadanya tetap mengalir walaupun sudah meninggal dunia.
Kamu tdk sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali Imran:92)

2) Ilmu manfaat
Ia bukan saja bermanfaat kepada pendakwah, bahkan kpd mereka yang mendengar dan menyebarkan, meskipun sudah meninggal dunia. Rasulullah bersabda
"Di antara amalan kebaikan yang sampai kepada orang beriman setelah kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkan" (HR Ibnu Majah)
Sebab itulah menuntut ilmu tidak kiralah melalui buku, media sosial (group usrah) perlu. Kerana ia amalan digalakkan sehingga Rasulullah bersabda
Sesungguhnya malaikat akan menebarkan sayapnya bagi penutut ilmu dalam keadaan redha dalam apa yang dilakukan. Sesungguhnya orang alim akan meminta keampunan kepadanya seluruh makhluk di  langit dan di bumi sehingga ikan di lautan (HR Tirmizi)
 Orang yang menuntut ilmu banyak keistimewaan sehingga darjat diangkat oleh Allah Taala kerana terang-terangan ia berbeza dengan mereka yang tidak berilmu dan berakal
Jangan jadi orang sombong dengan ilmu. Ilmu itu penting untuk bekalan akhirat. Selagi boleh dapat ilmu, grab it. Jangan rasa dah pandai, anggap diri sentiasa jahil. Ulama tidak pernah mengaku diri mereka hebat dan sentiasa merasa diri mereka jahil dlm ilmu, kita? Sudah bongkak? Nauzubillah

3) Anak soleh
Zuriat merupakan aset terbesar buat ibubapa. Apabila ibubapa sudah tiada, anak-anaklah yang menjadi wasilah untuk mendapatkan ganjaran pahala berterusan kepada ibubapa yang telah terbaring di alam kubur. Rasulullah bersabda
"Sesungguhnya makanan yang paling baik bagi kamu adalah yang diperolehi daripada usaha sendiri, dan sesungguhnya anak-anak kamu adalah hasil daripada usaha kamu"

4. Berjuang di jalan Allah
Salman al-Farisi berkata "Saya mendengar Rasulullah bersabda "Berjuang sehari semalam lebih baik daripada berpuasa dan bangun tengah malam selama sebulan. Jikalau seseorang meninggal dunia dalam perjuangan di jalan Allah, amal dan rezekinya akan terus mengalir  dan dia akan terselamat daripada fitnah (kubur)" (HR Muslim, Tirmizi)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda "Setiap orang yang meninggal dunia ditutup amalannya, kecuali orang yang berjuang di jalan Allah kerana amalannya akan terus tumbuh sampai hari kiamat dan dia akan terselamat daripada fitnah kubur" (HR Abu Daud dan Tirmizi)
Berjuang di jalan Allah? Berdakwah, menegakkan kebenaran. Azam pada diri untuk menjadi pendakwah di pelusuk dunia. ;)

5) Menguruskan jenazah
Sesiapa yg memandikan orang yang meninggal dunia, lalu menyembunyikan aibnya, maka Allah akan mengampuninya 40 kali. Sesiapa yang mengkafankan jenazah, maka Allah akan memberinya pakaian berupa tununan sutera dari syurga. Dan sesiapa yang menggali kubur bagi orang yang meninggal dunia untuk dikebumikan, maka pahalanya akan terus mengalir seprti pahala orang yang memberi tempat tinggal sampai hari kiamat" (HR Baihaqi)
Kerja penggali kubur, subhanallah. Banyak pahala mereka. 😊 kerja untuk akhirat

6) Menanam pokok
Tidaklah seorang muslim menanam tanaman lalu manusia, binatang dan burung memakan daripadanya, kecuali dia mendapat pahala sedekah sehingga hari kiamat" (Riwayat Muslim)
Baiklah. Itu saja usrah utk petang ni. Penuhilah kehidupan hari ini dengan amalan bermanfaat bukan hanya untuk kehidupan di dunia yang mempersonakan tetapi juga akhirat yang kekal abadi

7) Berkelakuan baik dan menjadi cth kepada orang lain
Sesiapa yang merintis suatu ajaran atau amalan baik, kemudian orang sesudahnya (setelah dia meninggal dunia) mengamalkannya, maka dia berhak mendapatkan pahala tanpa dikurangkan sedikit pun. Dan siapa yang merintis ajaran atau amalan buruk, kemudian sesudahnya (setelah meninggal dunia) mengamalkannya, maka dia mendapat dosa mereka tanpa dikurangkan walaupu sedikitpun (HR Ibnu Majah)

----
 Pada setiap hari, langit akan berkata: Ya Allah, izinkan aku untuk menghancurkan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu.  Setiap hari bumi berkata: Ya Allah, izinkan aku untuk menelan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu.  Setiap hari laut akan berkata: Ya Allah, izinkan aku untuk menenggelamkan mereka-mereka yang derhaka kepada-Mu. Lalu Allah S.W.T. menjawab: Jika mereka adalah hamba-hamba kamu maka lakukanlah. Sekiranya mereka mendatangi kepada-Ku dengan mengetuk pintu taubat dikala siang hari, sudah pasti Aku akan menerima. Sekiranya mereka mendatangi kepada-Ku di malam hari dengan mengetuk pintu taubat, sudah pasti jua Aku akan menerimanya. Lihatlah wahai manusia, betapa luasnya rahmat dan kasih Allah S.W.T. kepada kita yakni hamba-hambaNya.
#MutiaraKata [Ustaz Iqbal Zein Al-Jauhari].

-Dakwah Hijrah-

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post