AboutJournalFollowDashboard

Asmaul Husna
15/12/2014, 20:08, 0 comments

Bismillah. Allahumma solli ala sayyidina muhammad
Tajuk usrah; Menyingkap Asmaul Husna

Harini kita belajar tentang macam terjadinya nama Allah. Perkataan Allah. Kenapa kita namakan Tuhan kita Allah? Dari mana dapat perkataan tu? InsyaAllah sy terangkan ya.

Banyak ulama yang berpendapat bahwa kata Allah tidak terambil dari kata tertentu, tetapi ia adalah nama yang merujuk kepada Zat yang wajib wujudNya, yang menguasai seluruh hiduo dan kehidupan dan kepadaNya seharusnya seluruh makhluk mengabdikan diri dan bermohon

Ada ulama yang berpendapat bahwa kata "Allah" asalnya adalah "Ilah" yang disertai huruf alif dan lam, dan sebab itu Allah merupakan nama khusus kerana ia tdk dikenali bentuk jamaknya, sedang perkataan Ilah adalah nama yang bersifat umum. Jika translate bahasa melayu, Allah atau Ilah bermaksud Tuhan
Tetapi cara penulisannya dibezakan. Yang bersifat umum ditulis dengan huruf kecil "tuhan" dan yang bermakna khusud ditulis dengan huruf besar " Tuhan"

Pengguna bahasa Arab mengakui bahwa Tuhan yang dikenali oleh benak mereka adalah Tuhan Pencipta, berbeza dengan tuhan-tuhan yang lain. 

Ok utk memudahkan kita fahami, "hamzah" yang berada antara dua lam yang pada kata "Al-Ilah" tidak dibaca lagi sehingga berbunyi Allah dan sejak itulah kata ini seakan-akan telah merupakan kata yang baru yang memiliki dan diambil dari kata lain.

Sekaligus sejak itu pula kata Allah menjadi nama khusus bagi Pencipta dan Pengatur Alam yang wajib wujudNya. Ada ulama berpendapat bahwa kata "Ilah" yang darinya terbentuk kata "Allah", berakar/diambil dari kata Al-Ilahah, Al-Uluhah dan Al-Uluhiyyah yg semuanya menurut mereka bermaka ibadah atau penyembahan, sehingga "Allah" secara harfiah bermakna Yang Disembah

Kalau kita rasa atau terlintas dalam benak fikiran tentang zat Allah. Cth Allah ni tinggi mcm mana, besarnya mcm mana, suara Allah mcm mana. Allah sama sekali tidak septi apa yang kita fikirkan
Ada juga berpendapat bahwa kata tersebut berakar dari kata "alaha" dalam ertinya "menghairankan" atau "menakjubkan" kerana segala perbuatan atau ciptaanNya menakjubkan atau kerana kerana bila dibahaskan hakikatnya akan menghairankan akibat ketidaktahuan makhluk tentang hakikat zat Yang Maha Agung itu.
Otak kita ada batasnya. Otak kita tak boleh melepasi perihal alam lain. Otak kita terbatas

Ada juga berpendapat bahwa kata "Allah" terambil dari akar kata "Aliha ya' Lahu" yang bererti tenang. Kerana hati menjadi tenang bersamaNya
Apa perbezaan perkataan Ilah dan Allah?
Para ulama yang mengertikan "Ilah" bermaksud "yang disembah". Menegaskan bahwa Ilah adalah segala sesuatu yang disembah. Tidak kiralah penyembahan itu dibenarkan oleh akidah islam atau tidak. Cthnya matahari, patung, bintang. Ia tidak khusus
Jika seorang Muslim mengucapkan "La Ilaaha illa Allah" maka dia telah menafikan segala tuhan  kecuali Tuhan yang namaNya, Allah

Kalau kita sebut Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih), sesungguhnya yang kita maksudkan adalah Allah.
Mcm tu juga kalau kita berkata "Ya Al-Muntaqim" (yang membalas kesalahan), memang benar kita maksudkan Allah tapi tidam merangkumi sifat sifatnya kerana sifat Ar-rahim itu maha pengasih. Tidak akan merangkumi dengan sifat Allah yang membalas kesalahan.

Dari segi makna ayat ini, kita dapat lihat bahwa kata Allah mencukupi segalah sifat-sifatNya, bahkan Dialah yang menyandang sifat-sifat tersebut.
 Sekarang ni, tak kiralah berapa banyak pun pendapat ulama, yang pasti kini telah disepakati bahwa kata "Allah" mempunyai kekhususan yang tidak memiliki oleh kata selainnya; ia adalah kata yang sempurna huruf-hurufnya, sempurna maknanya,serta memiliki kekhususan berkaitan dengan rahsia-rahsiaNya, sehingga sebahagian ulama menyatakan bahwa kata itulah yang dinamai "Ismullah Al-Az'am" (nama Allah yang mulia), yang bila diucapkan dalam doa, Allah akan mengabulkannya

Bila kita berkata "Ya Allah" maka semua nama nama atau sifat sifatNya telah dirangkumi oleh nama Allah tersebut
"Sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka; Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah" (Az-Zumar;38)
Perasan tak bila kita buat apa apa, macam jatuh ke apa ke mesti tersebut kata "Allah". Tak kiralah sengaja atau tidak, suka atau tak suka. Mesti tersebut. Kan? Itulah salah satu bukti adanya fitrah dalam diri manusia

Haaaaaa pening kan. Nak belajar mcm mana wujudnya nama Allah pun rasa nak give up apatah lagi nak belajar macam mana Allah itu. Haaa
Tapi takpe, ilmu tak pernah penat dengan kita, kita je selalu penat dengan ilmu

Itulah sebab mengapa dalam syahadat seseorang harus menggunakan kata "Allah" ketika mengucapkan "Asyhadu an Ilaaha Illah Allah" dan tidak dibenarkan mengganti kata Allah tersebut dengan nama-namaNya yang lain, seperti "Asyhadu an La Ilaha illa Ar Rahman Ar Rahim"

Digalakkan membaca Asmaul Husna di ketika waktu malam, sepertiga malam. Waktu dimana kita dengan Allah. Ia kerana dapat mendekatkan lagi diri kepadaNya disamping berzikir dan menyebut sifat sifatNya
Berkata al fudhail bin Iyadh "Setiap kali matahari terbenam aku merasa gembira dengan tibanya kegelapan malam, kerana ketika itu aku dapat berkhalwat (beribadah) dengan Tuhan ku. Kemudian apabila matahari terbit semula, berdukacitalah aku kerana aku terpaksa berhadapan dengan orang ramai"

Adalah kita berasa seperti beliau rasa? Adakah kita sambung kedatangan malam dengan harapn dapat berjumpa Sang Pencipta? Adakah kita teruja utk berkhalwat dengan Allah? Allahu.. 

Berkata Abu Sulaiman "Orang orang yang beribadat di tengah malam lebih menikmati dengan waktu malamnya daripada orang yang bersuka ria dengan alat alat yang meningkatkan kemerduan jiwa. Dan kalaulah tidak kerana adanya malam, nescaya aku tidak ingin hidup di dunia ini"
Nampak tak, orang soleh sangat menghargai waktu malam kerana mereka berasa waktu malam lah masa mereka 'dating' dengan Allah, lepaskan rindu dekat Allah. Sampaikan Abu Sulaiman cakap kalau malam takda, dia taknak ada kt dunia. Sebab waktu malam antara kita dengan Allah sangat dekat.

Berkata Mujahid "Tiada sesuatu barang di dunia ini yang dapat menyerupai kenikmatan ahli syurga, kecuali apa yang dirasakan oleh orang yang menggatungkan hatinya dengan waktu malam, disebabkan kelazatan bermunajat kepada Allah dengan membaca asma-asmaNya (Asmaul Husna) yang indah"

Berkata Al Hasan "Kelazatan bermunajat dengan Asmaul Husna itu bukanlah berasal dari dunia, tetapi ia berasal dari syurga yang dirasakan Allah kepada walinya, dan tiada seorang pun selain mereka yang dapat merasakan keindahan asmaNya itu"

 Jika kita rasa nikmat bermunajat dengan Asmaul Husna, percayalah. Nikmat itu datang dari syurga, rasa itu lahir dari syurga. Tapi nak capai tahap kelazatan bermunajat tu memang susah jika hati masih terpaut dengan tipu helah dunia

Orang soleh sangat menghargai waktu malam. Tapi kita? Muhasabah diri. Perbaiki diri. 😔
Berkata Ibnul Munkadir "Tiada lagi yang tinggal dari kelazatan dunia melainkan tiga saja; 1) Bangun kerana beribadat dengan menyebut asma-asmaNya (Asmaul Husna) di tengah malam, 2) bertemu dengan sahabat dan 3) bersembahyang dengan berjemaah

Wallahualam atas setiap ilmu pada malam ni. Semoga diberkati Allah

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post