AboutJournalFollowDashboard

Asmaul Husna
15/12/2014, 20:31, 0 comments


Tajuk usrah; Sifat 20
Apa tu sifat 20? Selalu dengar kan? Tapi sifat siapa tu? Haa.. sifat 20 ialah sifat sifat yang wajib ada pada Allah. Nak kenal Allah? Ngaji bab sifat 20. Baru boleh kenal Allah, cinta Allah. Tipu kalau orang cakap saya kenal Tuhan saya macam mana sedangkan dia tidak tahu pun tentang sifat 20.. Allahu.


Sifat 20 yang wajib bagi Allah terbahagi kepada 4 bahagian. Iaitu;
-Sifat Nafsiah
-Sifat Salbiah
-Sifat Maani
-Sifat Maknawiah

 Sifat Nafsiah
1)Wujud; Ertinya ADA, maka wajib bagi Allah bersifat Wujud, tuhan yang menjadikan alam ini dan menjadi tanda adanya Allah

 Sifat Salbiah
2)Qidam; Ertinya SEDIA, maka wajib bagi Allah bersifat Qidam, yakni tiada permulaan bagiNya
3) Baqa'; Ertinya KEKAL, maka wajib bagi Allah bersifat Baqa', yakni tidak ada kesudahan bagiNya
4) Mukhalafatuhu Lil Hawadith; Ertinya BERLAINAN DENGAN SEGALA YANG BARU, maka wajib bagi Allah tiada persamaan dengan yang lain
5) Qiyamuhu Binafsih; Ertinya BERDIRI DENGAN SENDIRI, maka wajib bagi Allah tidak berhajat kepada yang lain (makhlukNya)
6) Wahdaniah; Ertinya ESA atau TUNGGAL, maka wajib bagi Allah tidak berbilang-bilang (banyak)

 Sifat Maani
7) Qudrat; Ertinya BERKUASA, maka wajib bagi Allah bersifat Qudrat yakni tidak lemah
8) Iradat; Ertinya BERKEHENDAK, maka wajib bagi Allah bersifat Iradat iaitu menentukan segala yang mumkin (baharu)
9) Ilmu; Ertinya MENGETAHUI, maka wajib bagi Allah bersifat Mengetahui segala perkara yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku
10) Haayat; Ertinya HIDUP, maka wajib bagi Allah selama-lamanya kekal dan hidupNya tidak dengan roh
11) Sama'; Ertinya MENDENGAR, maka wajib bagi Allah mendengar segala perkara ( tidak terlindung)
12) Basar; Ertinya MELIHAT, maka wajib bagi Allah melihat segala perkara (tidak berlindung)
13) Kalam; Ertinya BERKATA-KATA, maka wajib bagi Allah bersifat berkata-kata tetapi tidak berhuruf dan bersuara. [Allah berkata-kata dengan menyampaikan kepada Rasulullah, melalui AlQuran]

4 Sifat Maknawiah
14) Qaadiran; Ertinya KEADAANNYA YANG BERKUASA, maka wajib bagi Allah keadaanNya berkuasa
15) Muriidan; Ertinya KEADAANNYA YANG BERKEHENDAK, wajib bagi Allah keadaanNya berkehendak melakukan segala perkara
16) Aaliman; Ertinya KEADAANNYA YANG MENGETAHUI, wajib bagi Allah keadaanNya mengetahui segala perkara
17) Hayyan; Ertinya KEADAANNYA YANG HIDUP wajib bagi Allah keadaanNya sentiasa hidup
 18) Sami'an; Ertinya KEADAANNYA YANG MENDENGAR, maka wajib bagi Allah keadaanNya mendengar setiap perkara
19) Basiiran; Ertinya KEADAANNYA YANG MELIHAT, maka wajib bagi Allah keadanNya melihat segala perkara
20) Mutakaliman; Ertinya KEADAANNYA YANG BERKATA-KATA, maka wajib bagi Allah keadaanNya yang berkata-kata

Ok complete utk 20 sifat yang wajib ada pada Allah, siapa yang menafikan salah satu darinya, berdosa.
 Sekarang kita belajar pula tentang sifat 20 yang mustahil bagi Allah

Sifat 20 Yang Mustahil Bagi Allah
1) Adam'; Ertinya TIADA, mustahil Allah tiada, Adanya alam tetapi tiada penciptanya. Mustahil
2) Huduth; Ertinya BAHARU, maka mustahil bagi Allah ada permulaan
3) Fana'; Ertinya MUSNAH, maka mustahil bagi Allah ada kesudahan
4) Mumaathalatuhu Lil Hawaadith; Ertinya BERSAMAAN DENGAN YANG BAHARU
5) Qiyamuhu Bighairih; Ertinya BERDIRI DENGAN PERTOLONGAN YANG LAIN
6) Ta'Addud; Ertinya BERBILANG-BILANG maka mustahil Allah itu banyak
7) 'Ajzun; Ertinya LEMAH, maka mustahil bagi Allah itu lemah dan tidak berkuasa
8) Karaahah; Ertinya TIADA BERKEHENDAK, maka mustahil bagi Allah tidak berkehendak dan menentukan segala perkara
9) Jahlun; Ertinya BODOH, maka mustahil bagi Allah tidak mengetahui segala perkara
10) Mautun; Ertinya MATI, maka mustahil Allah itu mati
11) Summum; Ertinya TULI, maka mustahil bagi Allah tidak mendengar segala perkara
13) ' Umyun; Ertinya BUTA, maka mustahil bagi Allah tidak boleh melihat
 14) Bukmun; Ertinya BISU, maka mustahil bagi Allah tidak boleh berkata-kata
15) Kaarihun; Ertinya KEADAAN YANG TIDAK MENENTUKAN, maka mustahil bagi Allah keadaanNya tidak menentukan sesuatu
 16) Jaahilun; Ertinya KEADAAN YANG BODOH, maka mustahil bagi Allah keadaanNya tidak mengetahui segala perkara
17) Maayitun; Ertinya KEADAAN YANG MATI, maka mustahil bagi Allah keadanNya tidak hidup
18) Ashammu; Ertinya KEADAAN YANG TULI, maka mustahil bagi Allah keadaanNya tidak boleh mendengar
19) 'Amaa; Ertinya KEADAAN YANG BUTA, maka mustahil bagi Allah keadaanNya tidak boleh melihat
20) Abkam; Ertinya KEADAAN YANG BISU, maka mustahil bagi Allah bersifat tidak boleh berkata-kata

Sifat harus bagi Allah hanya ada satu saja.
Yang harus bagi Allah, iaitu mengadakan atau mentiadakan segala yang baharu ('alam), atau menimbulkan sesuatu perubahan dan kejadian

Pengertian Wajib, Mustahil dan Harus
Wajib- Segala MESTI ADA. Seperti 1 tambah 1 sama dengan 2. @ Tuhan Wajib ada
Mustahil- Segala yang MESTI TIDAK ADA. Seperti 1 tambah 1 sama dengan 3. Mustahilkan? @ Tuhan tidak ada
Harus- Segala yang BOLEH ADA dan BOLEH TIDAK ADA, seperti hujan akan turun

Alhamdulillah tamat usrah. Semoga dapat buat diri kita tambah ilmu yang wajib belajar. Malu sangat bila orang bukan Islam tanya kita tentang Tuhan, kita tidak tahu nak jawab apa. Kalau ada orang tanya tentang Allah, jawab gunakan sifat 20 Allah.


© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post