AboutJournalFollowDashboard

Dasyatnya neraka
11/12/2014, 00:23, 0 comments

Bismillah, Allahumma solli ala sayyiduna Muhammad.

Tajuk usrah: Dasyatnya neraka!

Apa itu neraka? Hm.. neraka ialah selamanya tempat tinggal manusia dan alpa dan lalai dengan keseronokan duniawi. Apa hikmah Allah wujudkan syurga dan neraka?

Okay cuba bayangkan syurga dan neraka tak ada. Ada ke orang nak buat amal? ada ke orang nak jauhkan diri dari maksiat?
Supaya dapat beri pengajaran pada manusia. Pengajaran....

Allah menjelaskan bahawa semua orang akan mendatangi neraka kecuali orang yang bertakwa akan diselamatkan oleh Allah.

Fad petik dari kata kata Rabiah Al Adawiyah. "Ya Allah sekiranya aku menyembahMu kerana takut kpd api neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembahMu kerana mengharapkan syurga, campakanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembahMu semata mata demiMu, janglah Engkau enggan memperlihatkan wajahMu yang abadi kepadaku"

"Dan tidak ada seorg pun drpd kamu, melainkan mendatangi neraka. Hari itu bagi Tuhanmu adalah satu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang yang bertakwa dan membiarkan orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut" Maryam 71-72

Wahai orang yang beriman. peliharalah diri kamu dan kuarga kamu daripada neraka yang bahan bahan bakarnya manusia dan batu berhala. Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat malaikat yang keras kasar layanannya. Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kpd mereka. Dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan - At Tahrim:6

Kalau kita belek AlQuran dan sunnah, neraka merupakan tempat tinggal yang amat dasyat

Rasulullah menggambarkan bahwa neraka itu penuh dgn kesusahan dan kesengsaraan yang amat dasyat. Baginda bersabda "Di dalam neraka itu terdapat 70 ribu rantai. setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat"
Neraka ada 8.
Neraka Jahanam
Neraka Jahim
Neraka Hawiyah
Neraka Wail
Neraka Sa'ir
Neraka Ladha
Neraka Saqar
Neraka Huthomah

Rasulullah bersabda sesungguhnya seksa dalam neraka Jahim itu adalah di atas kepala mereka yang derhaka, dituangkan air panas mendidih, kemudian terus masuk ke dalam sehingga menembusi ke dalam perut mereka, kemudian keluar segala yang ada dalam perut itu, sehingga nampak meleleh dari kedua tapak kakinya. Dan dialah yang mencairkan isi perut itu. Kemudian dikembalikan lagi sebagaimana semulanya. (Tirmizi)

Sayid Sabiq mengatakan neraka Hawiyah seperti satu jurang yang dalam dan sesiapa yang jatuh di situ pasti tidak akan kembali naik ke atas

Waktu di dalam neraka, manusia semua menyesal dengan tindakan mereka. Namun setiap tangisan mereka bagaikan tiada makna. Mereka berada dalam kesengsaraan dan kehinaan. Api neraka sentiasa menyala membakar mereka dan cemeti besi menghancurkan kening mereka sehingga hangus.

Neraka Wail adalah tempat penyiksaan yang dingin melebihi kedinginan ais dan salju
"Sesungguhnya neraka itu mengandungi api yang bergelojak yang mengelupaskan kulit kepala mereka. Itulah tempat bagi orang yang berpaling daripada agama dan orang yang suka mengumpulkan harta benda" -Al Ma'arij:15-18
Dalam ayat ini, 'org suka mengumpulkan harta benda' maksudnya orang yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak menafkannya ke jalan yang benar

Neraka Ladha adalah tempat seksaan bagi orang kafir. Dalam neraka ini, mereka diseksa hingga kulit mereka mengelupas.

Neraka Huthomah pula disediakan kepada pengumpat, pencela, orang yang suka mengumpulkan harta dan suka mengira ngira hartanya dan anggap hartanya itu dapat menyelamatkannnya.

Setiap manusia pasti akan rasa ngeri apabila mendengar keadaan neraka Jahanam. Nabi mengatakan keadaan di neraka Jahanam itu gelap, tidak ada cahaya sedikitpun. Ia memiliki tujuh buah pintu dan pada setiap pintunya terdapat 70,000 gunung. Pada setiap 70,000 gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng api itu, terdapat 70,000 belahan tanah yang mengandungi 70,000 lembah api, dalam setiap 70,000 lembah api itu, terdapat 70,000 kamar api. Di dalam setiap kamar itu pula, terdapat 70,000 ekor ular dan 70,000 ekor kala jengking, masing masing mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor memiliki 70,000 ruas. Setiap ruas itu mempunyai 70,000 sengat yang berbisa

Neraka Saqar pula adalah tempat penyeksaan bagi orang orang kafir yang tidak ada penghujungnya. Maksudnya malaikat melemparkan mereka ke dalam neraka saqar dan mengazab mereka sehingga binasa. Selepas itu mereka dikembalikan ke bentuk yg asal dan diazab kembali

Tahukah kamu apa Huthomah itu? Ia adalah api yang Allah nyalakan dan ia naik sampai ke hati. Sesungguhnya api itu tertutup rapat di atas mereka dan mereka diikat pada tiang tiang yang panjang (al Humazah:4-9)

Neraka Jahanam punya panas sampaikan bila hari kiamat nanti Allah buka penutup neraka Jahanam, apabila penutup itu dibuka, keluarlah asap mengepung manusia sehingga membuatkan bergetarlah tubuh mereka. mereka berlutut dan memanggil-manggil "Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami"

Penghuni neraka Jahanam akan dijangkiti dengan 70penyakit bagi menambahkan penderitaan yg sedang mereka tanggung. Neraka Jahanam ada kira kira 70 penyakit dan setiap penyakit mempunyai seksaan tersendiri
"Dia tidak melihat ada orang lain berada dalam neraka (seakan-akan cuma tinggal dia seorang saja tinggal di sana) Riwayat Baihaqi

Berada dlm neraka dan diseksa tanpa kesudahan "Dan datanglah maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati; dan di hadapannya masih ada azab yang berat" Ibrahim:17

Dalam neraka diseksa dengan bau busuk. Rasulullah menggambarkan "Aku mendengar khabar bahwa ada orang yang dihempaskan ke dalam neraka tercium bau yang amat busuk daripada seseorang. Lantas orang itu ditanya "Celaka kamu, apa yang sudah kamu lakukan? Tidak cukupkah lagi dengan seksa yang kami terima? sehingga kamu menambah derita yang kami rasai dengan bau busuk yang keluar daripada tubuhmu?" Dia menjawab "Dulu aku orang alim, tetapi ilmu itu langsung tidak menjadikan aku baik" -Riwayat Ahmad
Makanan di neraka "Diberi minuman dengan air dari sumber yang panas. Mereka tidak memperolehi makanan selain pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar"
 Dekat neraka nanti semua akan memohon kepada penjaga2 neraka jahanam supaya cakap pada Allah supaya ringankan azab mereka. Tapi malaikat akan berkata "Tidak adakah rasul rasul yang memberikan keterangan?" mereka akan menjawab "benar, sudah datang", Penjaga Jahanam akan berkata "berdoalah". Dan doa doa orang kufur itu hanyalah sia sia (Ghafir:49-50)

"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini disini. Dan tiada pula makanan sedikit pun baginya kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang yang berdosa" (Al-Haqqah:35-37)
 Pohon Zaqqum.. makanan orang di neraka. Dan minuman iaitu air yang sangat panas. Rasulullah bersabda "Kalau saja setitis daripada zaqqum dipercikkan di dunia, maka ia akan membinasakan kehidupan penghuni dunia. Maka bagaimana dengan orang yang menjadikannya sebagai makanan?" (At Tirmizi)

 Minuman Penghuni Neraka

-Al Shadid
Air yang bernanah. Qatadah menafsirkannya sbg air yang dicampur nanah dan darah. Kesan buat mereka yang meminumnnya ialah menjadikan wajah mereka hangus, kulit kepala mengelupas dan usus mereka terputus putus sehingga keluar daripada dubur mereka


-Al Hamim
Al Hamim ialah sejenis air panas yang mendidih yang ditafsirkan oleh kebanyakan ahli tafsir sbg Air yang telah dipanaskan sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Dan ia akan terus dipanaskan hingga akhir nanti yang akan dicurahkan ke kepala penghuni neraka dan dijadikan minuman mereka
Minuman neraka tidak ubah seperti menambahkan kesakitan dan kesengsaraan buat penghuni nerakam Lgsg tiada nikmat dalam setiap air tersebut

-Muhl
Ditafsir sbg mendapan minyak yang apabila dilekatkan ke wajah, maka seluruh kulit kepala dan rambut akan mengelupas. Ia merupakan sejenis minuman yang saaaaangat panas dan berbau busuk. Jikalau dituangkan ke dunia, pasti mereka yang merasainya akan mati

Orang islam tidak selamamya di neraka, mereka akan dikeluarkan daripada api neraka selepas mereka diazab setimpal dengan dosa yang dilakukan semasa hidup di dunia

Orang islam yang keluar daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga akan mendapat gelaran Jahanamiyin di syurga. Bermaksud bekas ahli neraka Jahanam supaya sentiasa menginsafi setiap kelemahan diri dan sentiasa perbaiki diri. Masa tidak menunggu kita. Tanda dan gelaran yang mereka akn dapat bukan bermaksud menghinanya tetapi sbg peringatan kpd seksaan yang pernah dialaminya dan supaya dia bersyukur atas nikmat Allah yang kini dia rasakan di syurga

Neraka sentiasa meminta utk ditambahkan bahan bakarnya dari semasa ke semasa
Lawan syurga adalah neraka. Lawan neraka adalah syurga. Sudah layakkah kita ke syurga? Kalau bukan ke syurga, kita kemana? Sendiri fikirkan...

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post