Fatimah Az-Zahra
10/12/2014, 16:48, 0 comments
Fatimah Az-Zahra.. Siapakah dia?
Terlalu banyak kemuliaan dan jasa Fatimah r.ha binti Muhammad yang tidak
termampu untuk dinukilkan semuanya.
Beliaulah puteri kepada penutup segala Nabi yang banyak
mewarisi keindahan akhlak ayahandanya.
Lahirnya Si Puteri Bongsu, Saat Ummul Qura
(Makkah) menyaksikan orang-orang Quraisy membaiki Kaabah, lahirlah puteri
bongsu Rasulullah SAW.
5 tahun sebelum
kenabian.
Beliau sangat mirip
dengan ayahandanya yang mulia. Disusui sendiri oleh bondanya. Tatkala
masyarakat jahiliyah malu besar setiap kali menerima berita lahirnya anak
perempuan, namun Rasulullah SAW sangat gembira dengan kelahiran puterinya.
Mencintai dan menyayanginya dengan penuh tulus ♥
Didikan di Rumah Kenabian
Sekolahnya di rumah kenabian. Berguru langsung dengan
penghulu segala murabbi, seorang Nabi.
Daripada kecil
sehinggalah menginjak remaja, beliau sentiasa menjadi yang terbaik.
Sumber rujukannya adalah sumber yang terbaik. Ayahnya insan
terbaik. Ibunya wanita terbaik. Mengalir daripada asuhan ibu bapa yang agung.
- “Ibu Ayahnya”
Ketika masyarakat jahiliyah hidup dalam lumpur kejahatan
yang hina, menyembah patung, mabuk arak, membunuh anak perempuan, namun Fatimah
menyaksikan ayahnya tetap bersih terpelihara. Fitrah insan bencikan kejahatan.
Apabila terbit sinar Islam menerangi tanah Arab dengan
terutusnya Nabi akhir zaman, maka Fatimah tidak teragak-agak menyertai ibunya
untuk menjadi generasi yang pertama beriman.
Kewafatan bonda
tercinta, Khadijah al-Khuwailid, menyebabkan remaja puteri itu berperanan
mengambil alih tugas ibunya. Apatah lagi kakak-kakaknya Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum
sudah berumah-tangga. Perjuangan ayahnya
didokong habis-habisan. Kematangannya terserlah hinggakan para sahabat
menggelarkannya, “Ibu ayahnya.” (Rujuk Nisaa ahlil bait , 533-534).
Imam Zarqani berkata, “Sehingga, tidak diperlukan pernyataan
khusus untuk membuktikan bahawa mereka adalah generasi pertama yang memeluk Islam, kerana mereka tumbuh dalam
bimbingan kedua orang tua yang penuh kasih sayang dan akhlak mulia. Dari ayahnya, Fatimah belajar semua akhlak mulia. Dari
ibunya, Fatimah belajar kejernihan fikiran yang tidak dimiliki wanita lain.”
-Berani Membela Nabi
Ibnu Ishaq berkata,
“Orang-orang Quraisy benar-benar memusuhi Rasulullah dan
orang-orang yang memeluk Islam. Mereka tidak henti-henti mendustakan
Rasulullah, mengganggu dan melemparinya dengan batu. Mereka juga mengejek
baginda sebagai tukang sihir, bomoh dan orang gila. Namun Rasulullah
tetap menyebarkan kebenaran.”
(Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 1/238).
Allahu..
Abdullah bin Umar
berkata,
“Ketika Rasulullah SAW berada di halaman Kaabah, Uqbah bin Abu Mu’ith mendekati dan menarik bahu Rasullah SAW. Dicekik leher Rasulullah SAW dengan selendangnya. Abu Bakar datang lalu menarik bahu Uqbah supaya ia menjauh daripada Rasulullah SAW.”
“Ketika Rasulullah SAW berada di halaman Kaabah, Uqbah bin Abu Mu’ith mendekati dan menarik bahu Rasullah SAW. Dicekik leher Rasulullah SAW dengan selendangnya. Abu Bakar datang lalu menarik bahu Uqbah supaya ia menjauh daripada Rasulullah SAW.”
(Rujuk HR Bukhari, 3856).
Saidina Ali r.a.
berkata,
“Demi Allah tidak
seorang pun dari kami yang berani mendekat kecuali Abu Bakar. Beliau menghalau
orang-orang Quraisy itu dan menjauhkan daripada Baginda.
(Rujuk Ghafir: 28).
Selain Saidina Abu
Bakar r.a., Fatimah r.ha. tidak berpeluk tubuh tatkala melihat ayahnya diganggu
dan dianiaya. Suatu kisah menyayat
hati diceritakan oleh Abdullah Ibnu Mas’ud, saat Rasulullah SAW sedang solat
berdekatan Kaabah, Abu Jahal dan teman-temannya duduk berhampiran. Mereka saling mencabar,
“Siapa yang berani meletakkan najis unta di punggung
Muhammad saat dia sujud?”
Maka bergegaslah orang yang paling sengsara di antara mereka
iaitu Uqbah bin Abu Mu’ith.
(Rujuk Bukhari, 3186 dan Muslim 1794.)
Mereka ketawa berdekah-dekah. Rasulullah SAW tetap bersujud.
Tiada siapa berani membela saat itu sehinggalah Fatimah r.ha. dengan beraninya
datang membuang najis unta.
-Rela Menahan Lapar, Iman Tidak Pudar
Tragedi pemulauan
kaum muslimin amat menguji iman. Ketika itu kebencian kaum kafir Quraisy
terhadap Rasulullah SAW kian memuncak. Sejarawan Suhaili merekodkan:
Jika ada rombongan pedagang datang ke Kota Makkah, beberapa
orang Islam pergi ke pasar Makkah untuk membeli makanan buat ahli keluarga
mereka. Namun Abu Lahab berkata dengan suara lantang,
“Wahai para pedagang, jika teman-teman Muhammad ingin
membeli sesuatu, berikan harga yang sangat mahal agar mereka tidak dapat
membelinya. Jangan takut tidak laku, aku yang akan membeli barang dagangan
kalian.” Lalu para pedagang itu menaikkan harga sangat tinggi.
Orang-orang Islam pun tidak mampu membeli. Mereka tidak memperolehi makanan dan
pakaian.
3 tahun orang-orang Islam melalui hari-hari yang penuh
kelaparan di perbukitan. Fatimah r.ha. sabar dan teguh melalui kesulitan tempoh itu. Namun, parahnya ujian kelaparan membuatkan
Fatimah r.ha jatuh sakit. Bondanya juga tenat menahan sakit. Sakit Fatimah
belum pulih, bondanya pula dijemput Ilahi.
Kesedihan bertali arus. Gadis tabah itu tidak tenggelam dalam
emosi. Beliau menggagahkan diri untuk terus bangkit mendokong perjuangan
ayahanda tercinta habis-habisan.
-Pernikahan yang Barakah
Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wanuzhatul Musytaqin,
karangan Ibnul Qayyim al-Jauziyah menyebut, puteri Nabi, Fatimah az-Zahra
pernah dipinang oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar namun kedua-duanya
ditolak oleh Rasulullah SAW. Kenapa ya?
Rupa-rupanya, Rasulullah SAW tidak mahu semua puterinya
dimadukan. Pada tahun ke-2
hijrah, Saidina Ali r.a. menikahi Fatimah r.ha. Pernikahan barakah ini
berlangsung setelah perang Badar. Demi memiliki cinta penghulu bidadari syurga, Saidina Ali
r.a. menjual sebahagian barang miliknya termasuk peralatan perang. Semuanya bernilai 480 dirham. Daripada jumlah itu,
Rasulullah menyuruh menggunakan 2/3 daripadanya untuk membeli wangi-wangian dan
1/3 daripadanya untuk membeli pakaian. Rasulullah memasukkan wangi-wangian itu ke dalam bekas mandi
dan menyuruh pengantin mandi dengan air itu. Fatimah r.ha rela malah bahagia dinikahi oleh Saidina Ali
r.a. meskipun hidup miskin. Biarpun maharnya rendah, dihadiahkan pula mahar itu
kepada suami tercinta.
Berpindahlah
pengantin baru ke rumah suaminya yang tidak memiliki perabot. Rumah yang sangat
sederhana. Hanya terdapat kulit biri-biri sebagai alas tidur, bantal berisi
serabut tamar, penggiling gandum, ayakan dan sekantung susu. Letak rumah itu
pula jauh daripada rumah Rasulullah SAW.
(Rujuk Nisa’ Mubassirat bil Jannah : 209).
Rasulullah SAW berperanan sebagai mentua terbaik apabila
memberikan nasihat yang panjang sebelum meninggalkan anak menantunya
mengharungi bahtera rumah tangga bersama. Didekatkan pula anak menantu dengan
keluarga baginda apabila memindahkan mereka berdekatan dengan rumah baginda
iaitu di salah sebuah rumah pemberian Haritsah r.a.
(Rujuk Suwar min hayatis sahabah, 40)
Rumah tangga suaminya
diuruskan sendiri. Terserlah peribadinya sebagai seorang wanita yang sabar,
taat beragama, baik, menjaga kehormatan, qana’ah dan sentiasa bersyukur kepada
Allah SWT.
(Rujuk al-Siyar: 2/119).
-Mengagumi Keberanian Ali r.a.
Penyiksaan demi
penyiksaan makin tidak kenal belas kasihan. Selepas beberapa siri penghijrahan,
akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Baginda menyusul
kemudian, ditemani oleh Saidina Abu Bakar r.a. Peristiwa hijrah yang
agung itu diatur dengan penuh strategi. Fatimah r.ha tidak dapat melupakan
keberanian Saidina Ali r.a. menggantikan tempat tidur ayahandanya. Peranan yang sangat
penting dalam strategi hijrah kerana taruhannya adalah nyawa. Allah SWT juga tidak melupakan keberanian Saidina Ali r.a.
menggantikan tempat tidur Nabi hingga menganugerahkan Fatimah r.ha. sebagai
teman tidur hidupnya. Alangkah bertuahnya Ali.
- Zikir Fatimah
Kelelahan menguruskan tugas rumah tangga seharian, mendidik
anak-anak, ditambah pula dengan tugas-tugas dakwah menyebabkan Fatimah r.ha
teringin mempunyai seorang pembantu. Lagipun, kebetulan pada masa itu Islam
mempunyai banyak tawanan perang.
Kelelahan Fatimah r.ha. bukan sedikit. Jika pada zaman ini,
kita hanya perlu ke kedai untuk membeli sebuku roti namun Fatimah r.ha. perlu
menggilingnya daripada biji-biji gandum, mengayak, mengadun dan membakarnya
sendiri. Dipendamkan dahulu niat memiliki pembantu biarpun beberapa
kali menziarahi
Rasulullah SAW kerana sangat pemalu untuk meminta daripada
ayahandanya. Begitu juga suaminya. Namun lantaran berat beban ditanggung, Fatimah r.ha terpaksa meluahkan keperluannya itu
pada suatu hari. Kebetulan, kaum
muslimin mempunyai beberapa orang tawanan perang yang boleh dijadikan hamba
atau pembantu. Fatimah r.ha memohon salah seorang daripadanya. Permintaan itu tidak dikabulkan oleh Rasulullah. Hal ini bukan kerana tidak elok memiliki pembantu rumah
kerana semua isteri Rasulullah pun mempunyai pembantu rumah. Namun, selaku
pemimpin yang adil, Rasulullah SAW lebih mengutamakan untuk memberi makan
kepada golongan suffah (golongan merempat yang menumpang tinggal di masjid)
dengan duit hasil jualan para tawanan tersebut.
Fatimah r.ha. dan
suaminya pulang dengan redha. Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW pula datang
ke rumah puterinya. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Baginda bersabda,
“Mahukah ayah ajarkan
kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta? Jika hendak tidur,
bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali.
Ini lebih baik
daripada seorang pembantu.”
Lalu, zikir ini terus menemani hayat Fatimah r.ha. Beliau
dan suaminya memilih hidup zuhud dan sangat sederhana.
(Rujuk Nisa’ Ahlil Bait : 550).
Membuktikan Wanita Berhak Mengizinkan atau Minta Dibebaskan
Jika Suaminya Ingin Berpoligami. Suatu hari Saidina
Ali r.a. dipinang oleh Abu Jahal untuk puterinya. Hal itu amat menyakitkan
Fatimah r.ha. Apabila diadukan kepada ayahandanya, ternyata Rasulullah SAW juga
terasa disakiti dengan apa yang menyakitkan puterinya.
Baginda berdiri lalu
berpidato,
“Aku telah nikahkan Abu Ash bin Rabi’. Dia berkata kepadaku
dengan jujur. Fatimah binti Muhammad adalah sebahagian daripadaku. Aku tidak
suka orang-orang menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berkumpul puteri utusan
Allah dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki.”
Mishwar bin Makhramah
pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar,
“Bani Hasyim bin
Mughirah memintaku merestui pernikahan puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Aku tidak izinkan, dan aku tidak izinkan.
Kecuali jika Ali menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka.
Puteriku adalah
bahagian daripadaku. Apa yang membuatnya gelisah juga membuatku gelisah, dan
apa yang menyakitinya juga menyakitiku.”
(Rujuk HR Muslim,
2449).
Maka Ali r.a. menolak pinangan Abu Jahal. Imam Nawawi berkata,
dari hadis ini para ulama mengambil kesimpulan,
“Tidak boleh
menyakiti Rasulullah SAW walaupun pada perkara yang harus.
Seperti peristiwa di
atas, perkahwinan puteri Abu Jahal dengan Ali sebenarnya harus dilakukan tetapi
Rasulullah SAW melarangnya dengan dua alasan:
1. Pernikahan itu
akan menyakiti Fatimah, dan itu menyakiti Rasulullah.
2. Khawatir terjadi
hal-hal yang tidak baik pada Fatimah yang timbul dari rasa cemburu.”
(Rujuk Syarhun Nawawi 16/4).
Imam Bukhari RA
berkata
(hadis 5230):
Qutaibah meriwayatkan kepada kami dari Laits dari Ibnu Abi
Mulaikah dari Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah
SAW bersabda dari atas mimbar,
"Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin
untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibn Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan,
kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera
Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana
dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan
menyakitiku apa yang menyakitinya ."
Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini
sebagaimana dipetik dalam kitab syarah hadis Bukhari yang paling terkenal
iaiatu Fathul Bari 86/7, karangan Ibnu Hajar al-Asqalani.
Antara Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap
hadis ini sebagaimana dipetik dalam kitab syarah hadis Bukhari yang paling
terkenal iaiatu Fathul Bari 86/7, karangan Ibnu Hajar al-Asqalani.
Antara tafsirannya ialah:
1. Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu
darjat sebagai madu.
2. Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah
mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah r.ha.
Rasulullah SAW
menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji mereka. Jelas sekali bahawa
menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri. Rasulullah sebagaimana Rasulullah SAW bersabda,
“Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji
kepadaku maka dia memenuhi janjinya.”
Berkata al-Hafiz Ibnu
Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.”
Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan
Zainab. Begitu juga Ali
r.ha., jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat
itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah (untuk
mengingatkannya). Ataupun mungkin tidak
berlaku pun syarat seandainya tidak dijelaskan bahawa itu suatu syarat, tetapi
menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya
supaya dibetulkan).
3. Meraikan hak Fatimah r.ha. Dia ketiadaan ibu dan kakak
sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu kemudian kakak-kakaknya seorang demi
seorang, dan tidak tinggal seorangpun yang dapat ia bermanja dan dapat menjadi
peringan beban masalahnya jika nanti dia cemburu. Realiti hari ini, masih wujudkah bapa sewibawa Rasulullah
SAW dalam memahami dan membela rasa hati puterinya?
Setiap Yang Berhak Boleh Menyuarakan Haknya
Setelah kewafatan ayahandanya, Rasulullah SAW, Fatimah r.ha
meminta daripada Abu Bakar r.a. sebahagian harta warisan Nabi.
Walaupun Rasulullah
telah mengkhabarkan awal-awal kepadanya bahawa usianya paling dekat menyusuli
kematian baginda namun hak tetap hak. Fatimah masih menuntutnya walaupun tahu beliau sudah dekat
hendak mati. Abu Bakar menegaskan
bahawa, Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Kami para Nabi tidak
mewariskan harta. Apa yang ditinggalkan adalah untuk disedekahkan.”
(Rujuk HR Bukhari).
Abu Bakar berpegang dengan hujah ini. Manakala Fatimah juga
mempunyai hujahnya yang tersendiri. Kedua-duanya dalam daerah pahala kerana
mempertahankan sesuatu dengan hujah yang benar bukan mengikut nafsu.
Perbezaan pendapat itu lumrah. Fatimah al-Zahra tetap
lantang menyuarakan haknya kepada Abu Bakar untuk mewarisi sebidang tanah. Ketika Fatimah r.ha
jatuh sakit, tidak lama selepas kewafatan ayahandanya, Abu Bakar datang meminta
redhanya sehingga Fatimah meredhainya.
(Ibnu Hajar menyebutkan hadis ini yang disandarkan ke Baihaqi yang berkata,
“Meskipun hadis ini mursal, tapi sanadnya ke Sya’bi tetap
sahih.
(Fathul Bari: 6/139).”
Teladan kita ini
menunjukkan contoh bahawa walaupun dalam Islam, menunaikan tanggung jawab lebih
utama daripada menuntut hak, tapi, itu tidak bermakna Islam menghalang
menyuarakan hak.
Maka, berlumba-lumbalah kita menunaikan tanggung jawab.
Dalam masa yang sama, menghargai hak kita dan menghormati sesiapa yang menuntut
haknya.
-Perginya Bunga Agama
Pada hari Selasa, 3 Ramadhan tahun ke-11 Hijriah, selepas
enam bulan kewafatan Rasulullah SAW, Fatimah r.ha pulang ke rahmatullah dengan
tenang dan bahagia. Suaminya mengalirkan
air mata. Begitu juga anak-anaknya yang amat mencintainya, Hassan, Hussain,
Zainab dan Ummu Kulthum.
(Ada riwayat mengatakan puteri-puterinya bernama Zainab
al-Kubra dan Zainab al-Asghar). Umat Islam membanjiri Masjid Nabawi. Solat jenazah
dipimpin oleh Saidina Ali r.a. dan kali kedua dipimpin oleh Abbas bin Abdul
Mutallib r.a.
Bunga agama itu lalu
dimakamkan di perkuburan Baqi’ bersebelahan dengan makam saudara-saudaranya,
Zainab r.a., Ruqayyah r.a. dan Ummu Kalthum r.a.
(Rujuk Nisa’ Ahlul Bait: 601-603).
Hadis sahih dan
diriwayatkan oleh Imam Muslim (2449), Abu Daud (2071), Turmudzi, Ibnu Majah
(1998), Nasa`i di dalam al-Fadhâ`il (265) dan di dalam al-Khashâ`ish (130), dan
Imam Ahmad (4/328), dan di dalam kitab Fadhâ`il al-Sahabat (Keutamaan Sahabat)
(1328).