AboutJournalFollowDashboard

Khaulah Al-Azwar
10/12/2014, 23:40, 0 comments

Kisah tentang Khaulah Al-Azwar bidadari besi
Kelihatan kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau, wajahnya ditutupi terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Dia meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain.

Pertempuran secara berseorangan melawan musuh-musuh tanpa gentar walaupun bersendirian.
Siapakah gerangan pejuang ini?
Dialah pejuang wanita Islam yang begitu berani di medan perang. Seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda, dialah Khaulah Al-Azwar. Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Rasulullah. Dia adalah adik kepada Dhirar yang juga merupakan pahlawan perang yang handal.
Cara bertempur di medan perang turut di ajar kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda. Dia memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.
Tubuhnya tinggi lampai dan tegap.
 Sejak kecil dia sudah pandai bermain pedang dan tombak.Rasulullah telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. Jika diteliti kembali sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan dia ialah pahlawan yang paling handal dalam sejarah Islam.
Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, dia telah memimpin kaum wanita yang turut serta dan dia turut mengalami kecedaraan di kepala dalam peperangan yang bersejarah itu.

Kisah kehandalannya yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu peperangan di sekitar Damascus. Raafe bin Umaira panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjuban tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa pahlawan perang tersebut adalah Khaulah kerana dia menutup wajahnya.

"Dia berlawan seperti Khalid, namun jelas dia bukan Khalid"
Kagum dengan pemandangan yang menkjubkan tersebut, pasukan muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pahlawan itu, kecuali mengetahuinya sebagai anak muda yang menunggang kuda. Pahlawan tersebut tidak gerun dengan musuhnya kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Rom. Keberanian sang pahlawan memberikan semangat baru bagi kelompok Raafe yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin Al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang. Penunggang kuda itu terus diikuti oleh pahlawan yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Rom. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya,
 "Wahai pejuang, tunjukkan wajah kamu!"
Sepasang mata hitam menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentera Rom.
Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusul dan berkata kepadanya.
"Wahai pejuang yang mulia, ketua telah memanggil dan kamu telah pergi darinya! Tunjukkanlah kepada kami wajah dan sebutkan nama kamu agar kamu dapat dihormat selayaknya."
Sang penunggang kuda itu kembali pergi seolah dengan sengaja merahsiakan identitinya. Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhlnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya:
"Kamu telah berbuat banyak perkara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu?"
  Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda tersebut, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis.
"Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawab pertanyaan kamu, hanya kerana aku berasa malu, kerana kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah perempuan biasa. Tiada lain yang mendorong aku untuk melakukan hal seperti itu melainkan kerana hati aku terbakar dan aku sangat sedih."
Khalid kagum dengan Al-Azwar yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani baik lelaki mahupun perempuan. "Kalau begitu bergabunglah bersama kami." ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin Al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang dan tidak lagi berada di barisan belakang yang ditugaskan untuk merawat tentera yang cedera dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Nama Khaulah al-Azwar al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda, sehingga namanya tercatat megah dalam sejarah. Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian, kemuliaan serta kewibawaan, mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-Azwar terbunuh ketika mempertahankan Rasul S.A.W. Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar bin al-Azwar, iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab. Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin
yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Khaulah turut
berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki.

Dalam satu pertempuran yang sengit, panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan
seorang penunggang kuda yang tinggi, seluruh mukanya bertutup, hanya kelihatan matanya
sahaja. Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa, sedang dia berpakaian
serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau, yang sisinya berjuntaian
hingga ke dadanya,lalu dililitkan selebihnya ke belakang. Dia seringkali berada di hadapan
lelaki, seumpama api yang marak membakar.

Khalid mengkagumi sikap pejuang itu. Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang
berada disisinya. ''Siapakah si penunggang kuda itu? Demi Allah dia adalah seorang
penunggang kuda yang amat berani.''

Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom, laksana api yang marak, lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan mereka. Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang Islam lain dan terus bertempur bermati-matian, kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang dipegangnya bertitisan darah, entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya. Dia kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun. Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga
menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka. Lalu berkata seorang pemuda bernama Rafik bin Umairah, ''pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid, panglima kita.'' Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba. Lalu Rafik bertanya pada Khalid. ''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi, aku sangkakan kaulah penunggang kuda itu.''
Berkata Khalid, ''Demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu, aku sendiri tidak mengenalinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.''
Khalid berkata lagi, ''Wahai kaum muslimin! Satukan semua tentera dan bantulah si
pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''

Maka bertempurlah tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang
berkuda itu, maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang. Akhirnya
tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang.

Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin, kelihatan keseluruhan
tubuhnya bermandikan darah. Lalu Khalid al-Walid terus mengalu-alukannya seraya berkata,
''Semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang
mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu dihadapan musuh!''
''Siapakah kau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu!''
Akan tetepi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata, maka salah
seorang daripada tentera muslimin pun berkata, ''Wahai orang yang dimuliakan! Panglima
perang berkata kepadamu, kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkn diri
daripadanya? Perkenalkanlah dirimu, agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.''
Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus
meninggalkan Khalid bi al-Walid bersama tentera muslimin. Tindakannya ini telah membuatkan
Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya, seraya menjerit, ''Biadap kau! Kau telah telah
mengacau hati orang ramai dan hatiku. Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana
kamu datang? " 

Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius, maka dia pun menjawab dan
kedengaran suara seorang wanita. ''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu,
melainkan kerana terasa malu,'' kata suara lembut itu.
''Wahai panglima! Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya, sedangkan
aku seorang wanita yang selalu berlitup.''
Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terus
bertanya, ''Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''
Suara itu menjawab, ''Aku Khaulah binti al-Azwar. Ketika aku sedang bersama-sama
wanita lain, tiba-tiba datang satu berita memberitahuku, bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar
telah ditawan. Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku, lalu aku terus menunggang kuda
ke sini. Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''
Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu. Lantas
memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu. Maka Khalid
berkata kepada Khaulah lagi. ''Kita akan menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku
berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu, supaya kau dapat
membebaskannya nanti.''

Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja. Beliau telah
menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam.
Dalam peperangan di Marj Dabik, saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi. Khaulah sekali
lagi telah menggempur barisan-barisan musuh. Beliau juga turut serta dalan peperangan
Antakia bersama tentera muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada tentera
muslimin.

Selain itu,beliau juga turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebutsebut
semua orang. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam, sehingga beliau menemui ajal
pada zaman pemerintanh Khalifah Othman bin Affan R.A. Khaulah telah meninggalkan
namanya harum mewangi, yang bau-bauannya terus menerus di cium orang di sepanjang
zaman. 😊

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post