Kisah Cinta Ali dan Fatimah az-Zahra
10/12/2014, 17:40, 0 comments
Kisah Cinta Ali dan Fatima Az-Zahra
Dipendamkan di dalam
hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya.
Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi,
paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan
ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah
Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia sedar, dirinya
tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan
bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda
sendiri. Sehingga beliau
tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar
As-Siddiq, melamar Fatimah.”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu
Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat
dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan
RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi
dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di
ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak
tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar;
’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan
seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para
faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn
Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah
lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga
miskin.”
Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan
Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.” Namun, sinar masih
ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh
Nabi.
Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan
diri. Tapi, ujian itu bukan
setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab,
seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba
meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan
keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang
dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka,
seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga
datang melamar Fathimah.
Ali mendengar sendiri
betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku
keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi
peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga
ditolak.
Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua
sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu
Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama
Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan
puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a
“Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi
Thalib?”Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk
menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a.
melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat
ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”Setelah
duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan
persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat
utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau
adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran
itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan
bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi Ali
apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu
dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu
untukmu.” Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air
mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah
membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan
sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang
menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai
apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan
menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah
engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah
ibarat debu bertaburan belaka!” Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a.
berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah
s.a.w. Beberapa waktu
kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu
sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang,
Ummu Salmah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w.
menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun
mencintai Allah dan Rasul-Nya!” Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah
r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?” “Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad
s.a.w.
Tercantum dalam
banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya
sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu:
“Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk.
Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah
Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula.
Ia masuk kemudian
mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di
depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai
maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau
mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja
yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu
lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul
Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu
Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum
mengerti apa-apa.Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda
juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang
menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah
membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup
bersama seorang isteri.
Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda
Fatimah.
Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan
menikahkan diriku dengan Fatimah?"
”Ummu Salmah
melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri.
Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib:
“Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang
“Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg
tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah
pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu
itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau
tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga
perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau
memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku
hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku
puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla
sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku
menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.Setelah
segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh
para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan
puterinya:
“Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan
engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat
menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi
Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan
cinta dan perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak
kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat
dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah
satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah
engkau mahu menikah denganku?
Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu
adalah Dirimu”