AboutJournalFollowDashboard

Makan Minum Sang Rasul
11/12/2014, 15:19, 0 comments

Makan Minum Sang Rasul

Bismillahirrahmanirrahim.

Jika Kita kekasih. Selalu nya apa yg disukai oleh nya dan apa yang dia buat, maka Kita akan suka juga. Kita pun akan Ikut dia juga.
Betul kan?
 
Misalnya isteri Kita suka makan Tomyam. Tetapi Kita tk minat, secara tk langsung Kita pun akan suka dia Tomyam juga. Sebab kerana Kita kasihi isteri kita.
Begitu juga perkara perkara yang dilakukan oleh kekasih Kita pun kite akan tiru dan ikut.
Maka tk hairan lah Sayyidna Abu Bakar yang merupakan Sahabat nabi saw yg cukup rapat. Akhlak nya sgt mulia sebab Beliau tiru akhlak baginda. Hingga dikatakan cara Sayyidina Abu bakar bicara pun lebih kurang mcm mana Rasulullah saw bicara. Maka sebab tu Kita harap dapat sgt Ikut sunnah nabi dlm kehidupan kite. Tk Kita apabila berpakaian, apabila Kita solat ke, maupun ketika Makan Dan Minum. Sebab org yg hidup kan sunnah yg telah mati apabila dunia dan zaman semakin teruk atas byk maksiat. Maka org tu akn dapat 100 pahala syahid.

 Ada yg kata hadis ini lemah tapi ada ulama yg kata hadis ini Hasan iatu baik . InshaAllah Kita Amal kan dan Kita berdoa kepada Allah.

Nk khabarkan apa? Cukup besar sekali pahala nya org yg Ikut sunnah nabi . Sebab tu la , kalau kite cinta nabi . Maka bukti kan. Mcm mana Nk bukti kan? Dgn Ikut sunnah Rasulullah yg cukup agung ini. 

Jadi Tajuk malam ini adalah "Makan Minum Sang Rasul"
Maka dgn ini lah Kita sebagai Umat nya mampu tiru dan ambil contoh dari nabi . Maka begitu juga la kite dapat Ikut sunnah nya dengan makan minum nya. Kita Mesti ambil tau .. Atau pun pernah tk terfikir .. Kenapa Rasulullah yg diutuskan oleh Allah sebagai seorang manusia .. Kenapa Allah tk hantar kan RasulNya sebagai malaikat ? Tetapi kenapa seorang manusia?

 Hikmahnya cukup byk. Dan Antaranya sebab jika Rasulullah manusia maka sudah tentu kite boleh tiru dan ambil contoh. Bayangkan malaikat yg jadi nabi Kita. Tapi malaikat tkde nafsu, tk makan minum, malaikat ini lain dgn manusia . Jadi mcm mana Kita Nk ambil contoh yg baik dari malaikat sedangkan dia pun tk makan minum.

 Tapi Rasulullah seorang manusia yg juga makan minum , tidur dan lakukan perkara yang biasa bagi manusia seperti demam, sakit, nangis dan marah dan sebagainya
.
Jadi Kita akan mula dgn bincang ttg mcm mana Rasulullah makan.
Rasulullah ini seorang yg pernuh dgn hikmah ini adlah kerana Baginda dididik oleh Allah sendiri.
Rasulullah ini sorang yg discipline caranya dan ketika makan minum pun ada caranya. Indahnya Islam!
Agama lain tkde pula tekan kan mcm mana nk makan tapi Islam adalah agama yg cukup agung. Hingga nk makan pun ada cara tertib nya.
Maka sekarang western pun nk Ikut Islam dah.. Dgn namakan sebagai "table wellness " atau "dining etiquette". Ini dari mana? Dari Islam.

Maka nabi akan makan .. Mula mula sekali dgn baca bismillah.
 Dari 'Aisyah r.a. berkata: nabi  s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ).
Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)
tiba-tiba dia mengucapkan:
Bismillahi awwalahu wa akhirahu
Kemudian Nabi s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah),
maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)

Juga dlm hadis yg lain..
"Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku:  "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)
Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah,
sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, Maka penting sekali dgn baca Bismillah. Kadang2 kite ini lapar sgt sampai tk ingat baca bismillah maka bile Kita ingat. Cepat Cepat baca Bismillahi awwalahu wa akhirahu
Ini adalah kalau tk baca. Maka syaitan akan makan bersama kite. Ingat tk pesan Mak dulu?? Bile kite kecik2 .. Ah betul kata Mak sebab nabi sendiri ada kata. Bukan nk makan je baca bismillah tapi apa perbuatan yg baik kita nk buat.. Kene la baca bismillah. Dgn ini , InshaAllah pekerjaan itu akan jadi berkat dan dipermudahkan oleh Allah.

Sebab tu ada dlm Kitab imam Sayuti mengatakan setiap Rumah org , ada syaitan yg duduk di atas bumbung.
Kalau ahli Rumah tu tk baca bismillah waktu makan. Maka syaitan ini akan turun dan makan bersama dia.
Jadi mcm mana nk berkat? Kalau tk baca  bismillah.
Dari Aisyah , , katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada  suatu ketika) hendak makan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat-sahabatnya. Lalu datanglah seorang A'rab (penghuni pedalaman negeri Arab), kemudian makan makanan itu dalam dua kali suap saja. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya saja andaikata orang ini suka membaca Bismillah (sebelum makannya tadi) nescaya makanan itu dapat mencukupi engkau semua pula (kerana adanya keberkahan dalam makanan itu)."  (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).

Sebab tu ada dlm satu riwayat, masa tu Sahabat Semua sedang makan. Lalu dtg satu org ni dan masuk bersama untuk makan sekali Tiba tiba sahabat yg sedang makan tu rasa mcm tk sedap. Makanan dah rasa tkde selera dah. Lalu mereka Kata. Mesti ada yg tk baca bismillah ni. Sahabat ini hebat org nya. Boleh rasa tempat ini ada berkah atau tk. Dan sebab kerana ada satu org yg tk baca bismillah. Tempat tu lalu didatangi oleh syaitan. Nabi saw pun suruh untuk Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)Sebab tangan kiri ini cara syaitan makan. Tapi jika org tu kidal (macam ambe sendiri), dia disunatkan juga untuk Guna tangan kanan. Tapi jika susah sgt bagi dia atau mudaratkan dia. Maka dimaafkan jika Pakai kiri.

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w.  Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (Hadith Riwayat Muslim) Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim) Nabi pun ajar untuk Makan apa yang berhampiran. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)
 Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.wc berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)

Cara duduk ketika makan ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian.
Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.
Sebab tu nabi pernah dikatakan tk makan beberapa hari . Nabi ikat kan batu di perutnya. Kenapa?supaya dapat rasa kenyang

Nabi pun ajar untuk guna tiga jari.
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith Riwayat Muslim)

Nabi pun melarang mencela makanan dan sunat memuji makanan.
 Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini selalu jadi kalau Kita dihidangkan dgn byk makanan atau Lauk Pauk di atas meja. Di tengah meja ada Tomyam, di kiri ada sayur, kanan pula ada ayam goreng. Jadi Kita disunatkan ambil yg Paling terdekat dgn Kita Kalau kite ingin ambil Lauk yg jauh dari kite. Minta org lain "boleh tolong ambil kan tk?"
Ini adab ketika makan ..bayangkan kalau kite cube Capai Lauk yg jauh dari kite . Kan tkde adab apa bila Kita panjangkan tangan kite ke hujung meja.

MashaAllah makanan pun nabi tk kasi kite mencela nya. Mcm kata" ish tk sedap la makanan ni, Kenapa masih sgt? Ayam ni daging dia keras la.."
Sebab imam Ghazali kata muslim ini kene Bersyukur dgn rezeki yg diberikan oleh Allah.
Ada yg tk dapat makan apa apa tapi Kita diberikan rezeki untuk makan nasi. Tkpe la jika nasi tk sedap. Tapi bersyukur lah. Kalau tk suka, maka tinggalkan dan jgn ckp apa apa. Kalau suka, makan la. Ini cara nabi saw 

Sebab tu ada kisah, seorang suami ini beli buah di pasar. Bile dia balik, dia Ajak isteri dia makan buah tu sekali Lepas tu isterinya marah dan mencela kata yg buah ni masam.. Maka suami dia cukup marah dekat isteri dia. "Kamu ni secara tk langsung telah mencela Allah swt sendiri.. Sebab kamu tk boleh salah kan aku. Bukan aku Nk beli buah yg masam, aku lagi Nk beli yg manis. Kamu pun tk boleh salah kan yg tukang Jual buah. Sebab dia lagi Nk Jual yg manis. Kamu pun tk boleh salah kan org yg tanam kan pokok buah ni. Sebab dia lagi Nk dapat pokok yg tumbuh kan buah yg manis . Sekarang ni kamu Sebenarnya salah kan dekat Allah? Sebab Allah yg jadikan buah tu masam."
 Maka terdiam sentap isterinya dan dia pun taubat dan kesal.
Juga disunatkan untuk jgn bersandar ketika makan.

Tapi ada juga hadis yg dikatakan nabi makan/minum dgn bersandar juga sebab terlalu lapar/dahaga

Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah rf.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat Bukhari)
Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada alas sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya: "Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk tegak lurus dan tidak bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan oleh al-Khaththabi.
 Jadi tk haram la .. Ini Cume Anjuran dan sunnah nya.

Dari Anas r.a dia berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w duduk bertinggung sambil makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)
Maka diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.

Nabi saw pun ada ajar juga apa Nk buat bile makanan yang terjatuh.
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui padae makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan" (Hadith Riwayat Muslim)
Dan ini pun merupakan sunnah nya iatu jilat jari setelah selesai.
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatinya." (Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)
Org kata kalau buat mcm Ni mcm org yg gelojoh. Padahal ini sunnah nabi
Dan Sebenarnya ada berkat dlm sisa di jari. Selain dari berkat pun ada scientific kebaikan.
Mcm dikatakan ada enzyme yg baik tertinggal di jari yg Kita gunakan untuk makan. Jadi bagus jika Kita jilat. Jadi tk hairan la sebab ni mmg sunnah nabi 

Doa selepas makan
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith Riwayat Bukhari)
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Maksudnya : "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi berkat, tiada yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang paling kaya daripadaNya iaitu Tuhan kami."
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadith Riwayat Tirmidzi)


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku."

Juga boleh baca doa berikut
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."
Maka jgn lupa la ucap kan Alhamdulillah dan baca doa selepas makan. Jgn baca doa makan je tapi tk baca selepas makan 

-Meramaikan orang untuk makan bersama 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)
Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi lapan orang." (Riwayat Muslim)
Ini pun mengajar kan kite untuk ramai kan ketika makan. InshaAllah ada berkat dan Allah cukup kan makanan tu 

-Galakan bercakap
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir r.a.
 sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan,  membicarakan kisah orang-orang yang  shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo) ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut Hadith Riwayat Muslim: 2052), ada kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith Riwayat alBukhari 6087).

Baiklah mcm mana pula dgn cara nabi minum? 
Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi dari perbualan.
 Sabda nabi saw "Apabila seseorang daripada kamu minum, maka jangan dia bernafas di dalam bekas.” (HR al-Bukhari) Hadis ini maksudnya Bahawa Nabi saw melarang daripada bernafas di dalam bekas (makanan atau minuman) dan meniup di dalamnya.
 Kata ulama seperti Al-Syaukani di dalam Nail al-Awtar ketika mensyarahkan perkataan Nabi saw: “atau meniup di dalamnya.” Berkata: “yakni (meniup) di dalam bekas yang dia minum, dan bekas itu merangkumi bekas makanan dan minuman… demikian juga, jangan meniup di dalam bekas bagi tujuan menyejukkan makanan yang panas, bahkan hendaklah bersabar sehingga makanan itu sejuk.”
Juga Al-‘Allamah al-Manawi di dalam Faidh al-Qadir (6/346) pula berkata: “Meniup makanan yang panas menunjukkan kegopohan sekaligus menunjukkan keburukan, tidak sabar dan mencacatkan maruah.”
Tapi jangan salah faham ya yang larangan ini haram. Tk dia Cume makruh sahaja. Jadi tk haram kalau tiup sekali dlm bekas. Kata ulama kalau dia betul betul dahaga dan perlu kan makan dgn segera. Maka dimaafkan untuk dia tiup untuk Sejuk kan.
Kalau tkde urusan apa apa, maka makruh jika dia tiup dlm air yang panas itu. Sebab tu elok, air yg tk panas sgt. Iatu air warm. Kalau panas sgt mmg agak tk Sesuai untuk tubuh kite. Ulama' pun ajar untuk sejuk kan air dgn cara yg lain. Iatu tuang air panas tu ke dlm cawan lain, dan tuang balik kepada cawan yg asal. Untuk sejuk kan tanpa tiup

Larangan ini yg bentuk makruh ini mmg ada hikmahnya. Science kajian pun ada mengatakan kalau tiup dlm air boleh beri kesan yg buruk
Nabi saw pun Minum secara dgn 3 nafas 
“Adalah Nabi saw minum dengan tiga kali nafas, jika bekas mendekati mulut baginda, baginda membaca bismillah, apabila menjauhinya, baginda bertahmid, baginda melakukannya tiga kali.”
(HR Ibn Majah)

Iaitu bile Nk minum, Tarik nafas dlu. Bile dah teguk, letak cawan ke tempat dan Tarik nafas lagi. Dan sambung Minum. Dgn ini pun untuk elak dari hembuskan nafas ke dlm cawan 

-JENIS ROTI YANG DIMAKAN OLEH RASULULLAH SAW
"Keluarga Nabi saw. tidak pernah makan roti sya'ir* sampai kenyang dua hari berturut-turut hingga Rasulullah saw. wafat."
(HR Timirzi)

 • Sya'ir, khintah dan bur, semuanya diterjemahkan ke dalam bahasa kita dengan "gandum" sedangkan sya'ir merupakan gandum yang paling rendah mutunya.
Kadang kala ia dijadikan makanan ternak, namun dapat pula untuk makanan manusia.
Roti yang terbuat dari sya'ir kurang baik mutunyasya'ir lebih dekat kepada jelai daripada gandum.
Dlm hadis yang lain
"Rasulullah saw. tidak pernah makan di atas meja dan tidak pernah makan roti gandum yang halus, hingga wafatnya."
(HR Timirzi)

Bayangkan. Nabi saw kekasih Allah tapi makan roti yang beza dgn Kita. Roti Kita mcm mcm ada gardenia la. Yg mutunya baik dari roti dimakan oleh nabi.

 MashaAllah .. Ini lah zuhud. Baginda ini Sebenarnya boleh je minta roti yang hebat hebat. Malah boleh dapat roti dari syurga  Kalau nabi lain boleh doa untuk turunkan makanan dari langit. Kenapa nabi pun tk bole buat. Tapi nabi tk minta pun ada roti yg best2. Sebab nabi adalah zuhud. Maksud nya baginda tk letak dunia di hati, baginda saw Cume pegang je dunia .. Dan satu hari baginda akan letak dan Pegi akhirat.

Ada juga hadis yg mengatakan Bahawa nabi minum duduk dan nabi larang minum berdiri.
Jadi apa hukum minum diri ini? Kata ulama', minum diri ini adalah HARUS. Sebab nabi pun ada minum diri dan para Sahabat pun ada minum diri. Cume lebih afdal jika minum secara duduk. Science pun ada kaji Bahawa minum duduk ini ada khasiatnya. Maka Kita akan Pegi ke bab. Makanan dan Lauk Pauk yg nabi makan. Yg diambil dari Kitab syamail muhammadiyah 

MAKANAN YANG SUNNAH NABI
 1. Kurma
 Kurma ini jelas sangat banyak manfaat dan barokah nya.
Rasulullah SAW bersabda, “Rumah yang didalamnya tidak ada kurma, penghuninya adalah orang-orang lapar.” (HR. Bukhari)
Kurma ini dikatakan boleh jadi sebagai ubat dan supplement tubuh Kita dan mencegah beberapa penyakit
Malah dapat juga selamat kan Kita dari sihir. InshaAllah dgn izin Nya.
-
Barang siapa memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya pada hari itu.” (HR. Bukhari).
-
Sebab itu ia adalah sunnah untuk buka dgn kurma
Rasulullah SAW berbuka sebelum shalat dengan beberapa butir kurma basah (ruthab). Apabila tidak ada kurma basah di tempat beliau, maka beliau berbuka dengan beberapa butir kurma kering (tamr). Dan apabila tidak ada kurma kering, maka beliau menghirup beberapa teguk air.” (HR. Ahmad dan Abu Daud).
Salman ibnu Amir Al Dhabbi meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Apabila seorang dari kalian berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan kurma. Sesungguhnya kurma itu berkah. Dan apabila dia tidak mendapatkan kurma, maka hendaklah dia berbuka dengan air. Sesungguhnya air itu suci.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).

 2. Buah labu
 Dari Anas Ibn Malik RA
"Nabi saw. menggemari buah labu. maka (pada suatu hari) baginda   diberi makanan itu, atau diundang untuk makan makanan itu (labu). Aku pun mengikutinya, maka makanan itu (labu) kuletakkan dihadapannya, karena aku tahu beliau menggemarinya. (Diriwayatkan oleh imam Timirzi) 
Ada sebab Kenapa nabi saw gemar dgn buah labu. Antaranya sebab labu ini murah dan bukan la makanan yg mahal. Jadi nabi pilih makanan yg murah.
Ini adalah Sahabat nabi suka beli kan makanan kegemaran nabi saw kepada nabi . Dan nabi tk Nk risau kan Sahabat untuk susah payah beli makanan yg mahal2.
Jadi nabi pilih dan suka dgn buah labu. Jadi Sahabat lebih mudah untuk beli kan untuk Rasulullah.

3. Minyak zaitun 
ia pun merupakan sunnah nabi . Tk hairan lah jika ia disebut di dlm quran sendiri
"Rasulullah saw. bersabda :"Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkahi."
(HR Timirzi)
Sama juga ia pernuh dengan khasiatnya dan baik untuk cegah kesihatan.

4. Semangka
"Sesungguhnya Nabi saw. memakan semangka dengan kurma (yang baru masak).”
“Semangka (Tembikai)  adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung,  membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

5 .Madu
 Madu juga merupakan kegemaran dan sunnah nabi
 "Nabi saw. menyenangi kue-kue manis (manisan) dan madu."
(HR Timirzi )

“Dari Abu Sa’id ra: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasullulah SAW dan berkata: “Saudara saya sakit perut”. Rasul menjawab: “Beri ia madu!”. Hal ini dilakukan orang itu sampai tiga kali bolak balik menanyakan kepada Rasul SAW, jawabannyapun tetap madu dan madu (HR Buhkari)
Dan madu ini mmg sgt byk juga khasiatnya sekali. Dan boleh jadi ubat InshaAllah.

6. Barli 
 Barli juga ada kandungan yang baik dah merupakan cara nabi ubat
Diriwayatkan dari ‘Aisyah:
“Nabi apabila keluarganya terkena demam, maka beliau memerintahkan mereka membuat sup barli.” (H.R. Ibnu Majah(3440); Ahmad (VI/32); Tirmidzi (2110) dan ia berkata: Hasan sahih. Syaikh Albani berkata dalam Shahihul Jami’ (4522): Shahih.

Dari Aisyah, bahwa dahulu, jika salah seorang keluarganya meninggal dunia, para wanita berkumpul untuk bertakziah, kemudian mereka meninggalkan perkumpulan itu, kecuali keluarga dan orang-orang dekatnya, maka Aisyah memerintahkan untuk memasak satu panci talbinah, juga membuat sup, lalu dituangkan talbinah ke dalamnya. Kemudian Ia berkata: “Makanlah ini, karena saya pernah mendengar Rasuulullaah shallAllaah ‘alayhi wasallam berkata: “Talbinah itu memberikan kelegaan di hati orang sakit dan menghilangkan sebagian kesedihan.” (H.R. Bukhari (5689) dan Muslim (2216)
Talbinah ini adalah dibuat dari sebut sebut barli. Dan Ia juga dapat legakan kesedihan

LAUK PAUK YANG DIMAKAN RASULULLAH SAW 
1. Cuka 🌱
"Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "lauk yang paling enak adalah cuka."
2. Daging kambing
"Nabi saw. diberi makan daging, maka diambilakn baginya bagian dzir'an*.
Bagian dzir'an kesukaannya. Maka Rasulullah saw. Mencicipi sebagian
daripadanya. "
(Diriwayatkan oleh imam Timirzi )
• Dzir'an adalah bagian tubuh binatang dari dengkul sampai bagian kaki.

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post