AboutJournalFollowDashboard

Rukun Solat dan Perkara Membatalkan Solat
11/12/2014, 16:08, 0 comments

Bismillah. Allahumma solli ala sayyidina muhammad.
 Apa itu solat?

Jika sembahyang fardu. Wajib ada tiga prkara
-kasad iaitu mengerjakan sembahyang (sahaja aku bersembahyang)
-Ta'arud iaitu ingat fardu
-Takyin iaitu menentukan fardu itu zohor atau sebagainya
Tambah fardu kalau solat wajib dan tambah sunat kalau solat sunat. 

Rukun solat ada berapa? 13..
Semua tahu ada 13 tapi tak semua tahu apa 13 itu. Okay mungkin ada yang hafal tapi tak semua faham apa perlu buat dalam setiap rukun

Kita singkap satu persatu tentang rukun.
1) niat. Iaitu ingat dalam hati mengerjakan solat. Tidak wajib disebut dengan lidah malahan hanya sunat saja supaya lidah itu boleh menolong hati
Cth waktu asar, waktu mendung. Dan kita ingat waktu solat asar dah habis. Jadi kita buat solat qada asar. Lepas habeh solat, tgk jam rupanya waktu asar masih belum habis. Sah solatnya.
Begitu juga macam kita ingat waktu solat asar belum habis, jadi kita buat solat asar secara tunai pahtu bila habeh solat tetibe tgk jam rupanya waktu asar dah habeh. Juga sah solat
 Bila seseorang itu telah ingat di dalam hatinya umpama "sahaja aku sembahyang fardu zohor" cukup dan memadailah niatnya, tidak wajib disebut Allah Taala tetapi jika disebut bagus supaya tepat makna ikhlas itu.

2) Kiam. Yakni berdiri betul bagi mereka yang boleh berdiri dengan menegakkan belakangnya meskipun bersandar pada dinding. Jika seseorang itu berdiri seperti membongkok hampir mcm org rukuk padahal dia boleh berdiri dgn betul, tidaklah dinamakan berdiri dan tidak sah solatnya. Tapi kalau dia memang jenis bongkok oleh kerana sebab tua, maka wajiblah berdirinya seperti itu dan jika waktu rukuk, tambah bongkok lagi Jika tak mampu utk solat secara berdiri, solatlah secara duduk.


3) Takbiratul ihram. Yakni mengucap "Allahu Akbar". Wajib disebut dengan jelas. Tidak sah solat jika menyebut "Allohu Akbar" "Ollohu Akbar" (cuba check bacaan takbir kita). Dan tidak boleh ditukar Akbar Allah, Allahu Azam, Arrahmanu Allah
Sekiranya ada orang yang tiada boleh menyebut dalam bahasa arab begitu setelah ia belajar dengan bersungguh-sungguh utk menyebutnya, bolehlah diterjemahkan dalam bahasa apa sekalipun selain bahasanya sendiri. Tidak boleh diganti dgn zikir yang lain

Ketika takbirrahtul ihram, wajib segala bacaan yang lain di dalam sembahyang dpt didengar oleh telinganya sendiri segala bacaan itu dalam bacaan yang sederhana. Jika kita hanya sebut sekadar mulut saja terkumat kamit tapi tak dengar suaranya, tidak memadai dan tidak sah solat
Ketika takbiratul ihram juga, wajib disertakan niat iaitu ingat dalam hati mengerjakan  sembahyang fardu zohor (cthnya) atau ketika menyebut Allahuakhbar, bila sudah ada ingat macam itu, sempurnalah takbiratul ihramnya

4) Membaca Alfatihah tiap tiap rakaat masa berdiri. Kecuali makmum masbuk yang tidak sempat membaca alfatihah pada rakaat yang dia masuk kerana fatihahnya ditanggung imam
Wajib dipelihara atau dijaga setiap bacaan alfatihah. Tajwid dan lafaz setiap huruf perlu betul. Panjang pendek juga perlu betul. Satu huruf pun tak boleh tinggal, tidak boleh salah dan tidak boleh diganti dgn huruf lain Bismillahirrahmanirrahim adalah satu daripada fatihah. Jika tiada bacaan bismillah, tidak sempurna fatihahnya di sisi mazhab syafie dan batal solat kerana alfatihah itu rukun.
Jangan diselang antara ayat ayat dengan bacaan yang lain seperti mengucap Alhamdulillah ketika selepas bersin kecuali bacaan itu bersangkut paut. Hendaklah dibaca dengan berturut turut dan tidak boleh diselang dengan diam yang lama melainkan kerana bernafas. Jika seseorang lemah dalam bacaan alfatihah hendaklah ia menggantikan dengan ayat ayat yang lain atau zikir atau doa doa yang lain dgn syaratnya jangan kurang hurufnya daripada huruf fatihah. Jika tidak boleb juga, maka wajiblah ia berdiri saja pd tiap tiap rakaat sekadar masa membaca alfatihah

 5) Rukuk pada tiap tiap rakaat dengan tumakninah.
Tumakninah asal maknanya tenang dan tidak bergerak-gerak, tidak bergoncang dan tidak bergegar. Maksudnya disini iaitu diam dan tetap anggotanya. (Tidak boleh bergerak)
Tumakninah ni syarat sah bagi sah rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sekiranya tidak ada tumakninah tidaklah perkara itu bererti solat yang sah.
Tumakninah bereti berhenti tanpa bergerak dalam anggaran masa 5saat. Ataupun anggaran masa sekadar kita dapat melafazkan "subhanallah" dalam hati.   Mcm lepas baca tasbih masa rukuk dan sujud yang kita baca 3 kali tu, bacalah subhanallah dalam hati. Ia sudah memadai masa yg dianggarkan utk tumakninah
Bongkok rata iaitu 90 darjah. Kepala jangan lebih rendah dari badan. Perlu sama rata dgn tundukan badan. Kepala tak boleh tunduk ke bawah.
Kalau kepala kita mengadap bahagian kaki, maknanya kepala kita tak sama rata dgn badan ketika rukuk.
Maknanya kepala takleh kebawah sikit. Betul betul berhadapan sejadah. Bertentangan mengadap sejadah
Ketika hendak membongkok itu hendaklah kasad rukuk sekiranya seorang membongkok kerana hendak sujud tilawah tiba tiba sampai had rukuk terus dijadikan rukuk, maka tidak memadai bahkan wajib dia bangun semula kemudian rukuk

7) Sujud dua kali pd tiap tiap rakaat dengan tumakninah. Sebahagian daripada dahi hendaklah kena pada tempat sujud itu dengan keadaannya terbuka jangan berlapik dgn sesuatu. Jika ada lapik, maka tidak sah sujud kecuali kerana ada balut luka yang sgt susah dan sukar hendak membukanya.
Ketika sujud, punggung perlu lebih tinggi daripada kepala dan bahu. Sebaliknya jika kpala lebih tinggi daripada punggung atau sama tinggi antara keduanya nescaya tidak sah sujudnya itu
Masih sah solat seseorang jika sedang solat dia tertoleh ke kanan atau kekiri selagi mana  dadanya tidak beralih dari kiblat
 Soalan; masa berdiri ketika solat, pandang mana?
Jawapan; Bagus soalan. Pandang sejadah. Makruh hukumnya jika kita pejam mata ketika solat tetapi jika pejam mata itu utk tambah kusyuk, hukumnya harus.

8) Duduk antara dua sujud dgn tumakninah. Jangan dipanjangkan dia (dilakukan lama lama)
Sekiranya duduk antara dua sujud dipanjangkan masanya sampai sama panjang seperti baca tasyahud, maka batal solatnya

9) membaca tasyahud. Sekurang kurangnya sampai di tempat kalimah mengucap.


10) membaca selawat ke atas nabi

11)Duduk bagi tasyahud akhir, bagi selawat dan bagi salam. 'Duduk' tasyahud akhir bermakna wajib duduk. Tidak sah jika baca tahiyat akhir ketika berdiri

12) memberi salam. Ketika memberi salam, perlulah menghabiskan bacaan 'Assalamualaikum' dan barulah boleh berpaling ke kanan,lalu menyambung 'warahmatullah',begitu juga dgn memberi salam ke kiri
Semua bacaan dalam tahiyat akhir disyaratkan didengar oleh telinga sendiri bagaimana telah dinyatakan pada rukun ketiga (takbirahtul ihram)

13) Tertib. Selain dari rukun rukun yang dituntut diperbuat serentak sepeti niat dgn takbirahtul ihram, fatihah dan lain lain itu mana mana yang dahulu hendaklah didahulukan mengikut susunannya

 Habis 13 rukun☺ yang tak faham boleh kemukakan soalan.😊

Tiap tiap orang yang sembahyang boleh batal sembahyangnya apabila berlaku atasnya salah satu daripada sebelas perkara ini;

PERKARA MEMBATALKAN SOLAT
1)Bercakap atau berkata kata dengan sengaja  padahal dia tahu bercakap dalam solat itu haram. Sekalipun kata katanya tidak memberi faham apa apa atau satu huruf yang memberi faham sprti "kii" yg bermaksud jaga atau kawal

2) melakukan perbuatan yang banyak berturut turut seperti melangkah tiga langkah berturut turut sama ada sengaja atau terlupa maka batallah sembahyangnya. Tetapi jika perbuatan itu sedikit tidak dengan tujuan bermain main, tiadalah batal. Adapun bercakap tanpa sengaja umpama terlancar lidahnya atau dia sendiri tidak tahu hukum hakam bercakap dlm solat, dimaafkan selagi mana tidak lebih dari enam perkataan
"Perbuatan yang banyak" itu sama ada dari satu anggota atau dari berbilang anggota seperti gerak kepala atau dua tangan sekali. Maksud menggerakkan anggota disini ia anggota yang berat seperti tangan dan kaki. Ada pun anggota yang ringan spt menggerakkan jari jari, lidah, kelopak mata, bibir mulut walaupun beberapa kali digerakkan berturut-turut tiada batal solatnya kerana itu merupakan perbuatan yg sdikit

3) berhadas besar seprti terkeluar air mani atau berhadas kecil seperti terkentut maka batal solat dgn sbb itu.

4) kena najis yang tiada dimaafkan pada badannya atau pakainnya atau dalam lubang hidungnya atau dalam telinganya  atau dalam matanya kerana solat najis ini berat. Jika najis itu keris dan dikebaskan cepat cepat seblum masuk tumakninah, tidak batal solat. Ataupun jika najis itu basah jatuh atas songkok atau serban terus dicampakkan songkok atau serban itu cepat cepat seblum masuk tumakninah, maka tidak batal solatnya

5) terbuka aurat. Tetapi jika terbuka aurat dan ditutupnya dgn segera, tidak batal solatnya selagi perkara itu tidak berulang dan tidak berturut turut
Tetapi jika banyak pergerakan, akan batal juga solat..

6) berubah niat. Cthnya macam dalam solat. Kita berkira kira nak keluar dari solat. Ataupun mcm hati berbelah bagi "nak teruskan solat atau stop". Maka batallah solat
Ataupun mcm cthnya sebelum solat kita terfikir "kalau masa aku solat, ada org call. Aku agkt hp tu". Ha jadi tak sah solat kita sbb sblum kita dah niat nak batalkan solat. Tidak sah juga solat kalau kita tgh solat zohor pahtu tetibe nak tukar kepada solat asar. Kecuali solat fardu yang hendak ditukarkan kpd solat sunat mutlak dgn sbb nak solat berjemaah

7) berpaling drpd kiblat dengan dada ke kiri atau ke kanan sekalipun dgn sbb dirempuh atau ditolak orang.

8) makan. Sama ada banyak atau sedikit tetap batal solat. Walaupun tgh solat tertelan  sebutir bijan atau sebutir gula pasir, akan batal solat.

9) minum sama ada banyak atau sedikit melainkan kerana jahil atau terlupa

10) tertawa dengan bunyi yang boleh mengeluarkan suara yang mengandungi dua huruf atau satu huruf yang boleh memberi faham. Tapi kalau tertawa sedikit yg tak dapat nak elak, tak boleh nak tahan. Maka tidak batal solat

11) Murtad. Cthnya macam dia bayangkan yg sedang sembah berhala, ataupun dlm hati dia cakap yang esok dia nak masuk kristian. Maka tidak sah solatnya


-Dakwah Hijrah-

Newer Post© 2013 Layout. Font. Image & IconOlder Post