Saad bin Muaz
15/12/2014, 18:44, 0 comments
Kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Saad
Bin Muaz.
Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang
paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh
lebih hitam dari Bilal.
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumah
tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah.
Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak
berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.
Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi
Rasulullah untuk mengadu, “Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana
kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”.
Lalu Rasulullah bekata, “Jangan bimbang Saad, engkau adalah
orang yang aku jamin”.
Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang
lain untuk
bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan
kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat
tersebut membawa
Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah.
Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin
oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik. Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita
yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat
dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut.
Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa
Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik
tersebut. Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham
menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud
yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut.
Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana
menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.
Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah.
Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad
kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh
Allah.
Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf
dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.
Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki
wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya
untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali.
Kemudian Rasullulah
menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya. Ketika sedang membeli
keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah.
“Wahai pemuda-pemuda
Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”.
Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang
dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.
Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan
sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang.
Kerana baju perisai
yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain.
Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.
Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid
pada umur 37, seorang yang tinggi iman.
Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada
Rasulullah dan Rasulullah berkata,
“Di saat kematian
Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”.
Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya
adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.
Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam
akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?
Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut
kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad.
Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap
sedia untuk perkahwinannya.